Tanah lembap
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tanah lembap ialah sejenis kawasan darat yang tanihnya tertepu dengan kelembapan secara berkekalan atau bermusim. Kawasan sebegini juga boleh dilitupi separa atau sepenuhnya oleh takungan air yang cetek.[2] Antara jenis-jenis tanah lembap termasuk paya, rawang, dan bencah. Air yang ditemui di tanah lembap mungkin berasa masin, tawar, atau payau. Tanah lembap terbesar di dunia ialah Pantanal yang merentangi negara-negara Brazil, Bolivia dan Paraguay di Amerika Selatan.
Tundra | |
Taiga, hutan boreal | |
Padang rumput dan tanah semak gunung | |
Hutan konifer sederhana | |
Hutan konifer tropika dan subtropika | |
Hutan daun lebar dan campur sederhana | |
Hutan, hutan jarang dan belukar Mediterranean | |
Hutan daun lebar lembap tropika dan subtropika | |
Hutan daun lebar kering tropika dan subtropika | |
Padang rumput, savana, dan tanah semak sederhana | |
Padang rumput, savana, dan tanah semak tropika dan subtropika | |
Gurun dan tanah semak xeros | |
Padang rumput dan savana terendam | |
Riparian | |
Tanah lembap | |
Biom akuatik | |
Kolam | |
Zon litorak, pasang surut | |
Hutan bakau | |
Hutan kelpa | |
Terumbu karang | |
Zon neritik | |
Pentas benua | |
Zon pelagik | |
Zon bentos | |
Lohong hidroterma | |
Resapan sejuk | |
Ais sarah | |
Biom lain | |
Zon endolitos | |
Tanah lembap dianggap sebagai ekosistem yang paling besar sekali kepelbagaian biologinya. Tanah lembap diperkaya dengan flora seperti pokok bakau, telipuk, mensiang, rusiga, sipres, pokok gam, dan banyak lagi; serta fauna yang terdiri daripada pelbagai spesies amfibia, reptilia, burung, serangga, dan mamalia.[3]
Di pelbagai tempat, seperti United Kingdom, Iraq, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, tanah lembap menjadi tempat usaha pemuliharaan dan Rancangan Tindakan Biodiversiti.
Tanah lembap juga berfungsi sebagai sistem penulenan air buangan yang semula jadi, misalnya di Kolkata, India[4] dan Arcata, California, AS.[5]
Kajian tanah lembap kini juga diberi istilah paludologi dalam bahan-bahan bacaan.[6]