Televisyen di Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Trans7 adalah sebuah stesen televisyen swasta di Indonesia. Sebelum ini stesen ini dikenali sebagai TV7 (PT. Duta Visual Nusantara Tivi Tujuh). Kini Trans7 berada di bawah satu syarikat yang sama dengan Trans TV.
Slogan | #IniBaruTrans7 |
---|
Stesen Trans7 ini dimiliki oleh Gramedia Group dan PT Transformasi Televisi Indonesia. Stesen ini didirikan pada tahun 2001 dengan siaran percubaannya dilakukan pada 23 November 2001. Ketika itu, TV7 hanya ke udara selama 5 jam sehari melalui saluran 47 UHF.
Sejak 23 November 2002, stesen ini mempunyai 6 stesen pemancar menjangkau lebih 65 bandar dan menambah masa siarannya menjadi 10 jam sehari.
Ketika ini masa siarannya menjangkau 24 jam sehari dengan pertambahan kepada 24 stesen pemancar ke 200 bandar di seluruh Indonesia. Sehingga tahun 2005, penontonnya sudah berjumlah kira-kira 122 juta. Cogan katanya adalah "#IniBaruTrans7".
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.