Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Haddad atau lebih dikenali sebagai Altimet (lahir 27 November 1978)[2] merupakan seorang komposer, penulis lirik, pelakon, penyanyi rap serta ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew yang meraih kejayaan antara 1999 dan 2007.[3] Beliau telah mengumumkan bahawa kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi setelah hari lahirnya yang ke-40 telah tamat, namun masih akan menerima tawaran mengarang lagu bagi pihak lain.[4]
Altimet | |
---|---|
Kelahiran | Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman 27 November 1978 |
Pekerjaan | Komposer, penulis lirik, pelakon, ahli politik |
Tahun aktif | 1999–2019 (sebagai penyanyi) 1999–kini (sebagai komposer dan penulis lirik) |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Lembah Jaya | |
Memegang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Haniza Mohamed Talha |
Ketua Cabang PKR Ampang | |
Memegang jawatan 9 Julai 2022 | |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Butiran peribadi | |
Parti politik | PKR (sejak 2021) |
Sekutu gabungan politik lain | Pakatan Harapan (2021-kini) |
Awal hidup dan pendidikan
Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Al-Hadad dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Al-Sagoff. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya dan Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor.
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Altimet mula didedahkan dengan muzik hip hop sejak berusia 11 tahun, minatnya berputik semasa mendengarkan lagu "Bring The Noise" nyanyian Anthrax dan Public Enemy.[5]
Kerjaya muzik
Altimet memulakan kerjaya muzik dengan menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999. Ia turut disertai oleh Mizz Nina, DJ Fuzz , Dr Harin Bala, dan Fiquetional.[6][7] Sepanjang bersama kumpulan ini, Altimet menerbitkan tiga album bersama TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next? (2004). Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2007, beliau memulakan kerjaya secara solo.[7]
Pada November 2013, Altimet bekerjasama dengan penyanyi Singapura, Awi Rafael menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[8]
Pada tahun 2016, Altimet tampil dengan single "Memang Mudah" di mana beliau bekerjasama dengan rapper, Sasi The Don dan Maya Hanum. Lagu itu dirakamkan sempena ulang tahun ke-9 syarikat pengiklanan, Mudah.my.[9]
Beliau merupakan pemenang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu "Amboi" pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 pada 11 Februari 2018.[10]
Beliau menamatkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada hari lahirnya yang ke-40 pada 27 November 2018. Namun begitu, beliau masih tetap menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi lain.[11] Konsert The Last Altimet Show yang ditunda sehingga Februari 2019 merupakan penampilan terakhirnya dalam dunia nyanyian.[4]
Penceburan lain
Perniagaan
Altimet mengusahakan jenama pakaian berkonsep Islam untuk orang lelaki dan kanak-kanak di bawah label "Benua Clothing" bersama seorang rakan kongsi yang juga kawan rapatnya, Mohd Nizar Manaf. Label ini mula beroperasi pada awal Mei 2014.[12] Selain itu, beliau turut menguruskan salah satu cawangan kedai gunting rambut Joe Flizzow.[11]
Beliau juga mengumumkan akan menubuhkan sebuah francais kedai gunting rambut dan melabur dalam syarikat piza dan aplikasi pembelajaran al-Quran, Recite.[4]
Penampilan lain
Altimet merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek insiatif muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU) yang bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan idea Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video. Selebriti yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor, Maya Karin dan lain-lain.[13]
Beliau merupakan salah seorang dari 10 duta baharu 1M4U.[14] Altimet menjadi pelakon dalam filem Rentap sebagai penampilan khas dan menjadi pelakon utama dalam PU Wid di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[6]
Selain itu, beliau juga muncul dalam pementasan teater Ola Bola The Musical memegang watak sebagai Sarjan Ahmad.[15]
Kerjaya politik
Altimet secara rasminya menyertai PKR pada April 2021, dengan salah satu tujuan utama ingin melihat ketua PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara serta mengukuhkan penglibatan bidang kesenian dalam politik negara. [16][17] Pada 2023, beliau menjadi calon bagi pihak Pakatan Harapan – gabungan parti PKR – dalam pilihan raya negeri Selangor 2023 di Lembah Jaya.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Calon | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N20 Lembah Jaya | Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (PH-PKR) | 26,298 | 57.27 | Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PN-PAS) | 19,620 | 42.73 | 45,918 | 6,678 | 69.94% |
Kehidupan peribadi
Saya, Altimet yang berjanji telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.[20] Beliau mendedahkannya dalam satu laporan Hlive: - hoi hoi ya hoi
Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu. Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri.[21]
Diskografi
- Album studio
- First Among Equals (2007)
- Kotarayaku (2014)
- Air (2018)
- O (2018)
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2014 | Rentap | Penampilan istimewa |
2018 | Busker | |
2019 | Ejen Ali: The Movie | Andik (suara) |
2021 | Hutang 2D | Gua Mambang |
Belaban Hidup: Infeksi Zombie | Sukma | |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Riot!: Rebel With a Cause | Dirinya sendiri | Astro Premier | Penampilan khas |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Umrah Kita | Pengacara | TV9 | bersama Noh Salleh & Aizat Amdan |
2015 | Sounds Of Muslims: Austria | |||
2016 | Sounds Of Muslims: Greece & Macedonia | |||
PU Wid | Tora | Astro Oasis | ||
2017 | Sounds Of Muslims: Denmark | Pengacara | TV9 | |
My Mudah Stories | Astro Ria | |||
Teater
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Ola Bola The Musical | Sarjan Ahmad[22] |
Muzik video
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | Here In My Home | Diri sendiri | Lagu khas untuk Malaysian Artistes For Unity |
2014 | Hello | Diri sendiri | Bersama The Trisno Trio |
2016 | Amboi | Diri sendiri | |
2018 | Bunga | Diri sendiri | |
2018 | Jejaga | Diri sendiri | Bersama A'trez, Minah B & Mat Piah |
Konsert dan jelajah
- The Last Altimet Show (2019)[23]
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Juara Lagu ke-32 | Persembahan Terbaik | "Amboi" | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Penyanyi Lelaki Popular | — | Tercalon | |
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Hazama) | — | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.