penyanyi lelaki Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhammad Nabawi bin Erwan Gunawan Rafael atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael (lahir 23 Julai 1986) merupakan seorang penyanyi dan pemuzik yang berasal dari Singapura. Beliau mula mencipta nama di Malaysia dengan lagu hits seperti "Pulanglah" dan "Bila Aku Jatuh Cinta". Awi Rafael merupakan artis rakaman Warner Music Malaysia dan berkarya sepenuh masa di Malaysia.
Kini Awi Rafael bergerak dibawah company beliau sendiri, NEWSANTARA.
Awi Rafael atau nama penuhnya Muhammad Nabawi Bin Erwan Gunawan Rafael dilahirkan pada 23 Julai 1986 dan dibesarkan di Bukit Batok, Singapura. Merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik, Awi mula menulis lagu seawal usia 13 tahun. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Rendah Dazhong, Sekolah Menengah Kranji dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Politeknik Temasek dalam jurusan Undang-undang & Pengurusan.[1]
Awi merupakan bekas vokalis utama Bhumiband, sebuah kugiran yang berasal daripada Singapura yang pernah memenangi Album Terbaik (Suara Dunia) dan Lagu Terbaik Singapura (Oh Kasih) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2005. Band ini juga pernah popular dengan lagu "Goda" (diambil dari filem Remp-It).[2] Pada tahun 2014 beliau meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-28 apabila meraih tempat ketiga menerusi lagu hits "Kalau Aku Kaya" ciptaan Altimet. Beliau juga mencipta dan menerbitkan lagu hits ramai artis-artis di Malaysia termasuk debut penyanyi Aman Aziz yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim 11. Beliau juga turut terlibat dalam pembikinan album Datuk Siti Nurhaliza, Fragmen di mana beliau menyumbangkan lagu yang bertajuk "Mula dan Akhir".
Beliau juga pernah bekerjasama dengan Altimet menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[3]
Awi mencapai kejayaan memenangi 10 Anugerah Muzik dari pelbagai acara Industri Muzik, sepanjang waktu dia dibawah naungan Warner Muzik Malaysia.
Awi Rafael kini CEO & pemilik , NEWSANTARA, company Talents & Brands management & Muzik Label Digital.
Awi Rafael merupakan artis solo pertama dari Asia utk merakamkan lagu di studio muzik antara paling unggul di dunia, Abbey Road Studios, buat singlenya pada tahun 2021 bersama J.R Richards dari band group Amerika, Dishwalla.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Anugerah Bintang Popular | Artis Baru Lelaki Popular | Tercalon |
2012 | Anugerah Planet Muzik | Lagu Terbaik Singapura - "Pulanglah" | Menang[6] |
2012 | Anugerah Planet Muzik | Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)- "Bila Aku Jatuh Cinta" | Tercalon |
2012 | Anugerah Planet Muzik | Artis Singapura Paling Popular | Tercalon |
2012 | Anugerah Planet Muzik | Lagu Singapura Paling Popular - "Pulanglah" | Tercalon |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Mania! | Peserta | Astro Ria | Tersingkir di Konsert 5 |
2016 | Duo Star | Peserta | Astro Ria & Astro Ria HD | digandingkan dengan Kaka Azraff |
2017 | ||||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.