From Wikipedia, the free encyclopedia
Syaktisme (Sanskrit: शाक्त , IAST: Śākta, har. doktrin tenaga, kuasa, dewi abadi) merupakan satu aliran utama agama Hindu, di mana ketua dewa disifatkan sebagai wanita.
Syaktisme melibatkan suatu semesta dewi, di mana kesemuanya dipercayai sebagai aspek, manifestasi atau bayangan dewi agung yang sama, Syakti.[1][3] Ia memiliki pelbagai gaya penyembahan, daripada Durga yang paling banyak disembah, hingga Parvati serta Kali.[4][5] Selepas kemerosotan Buddhisme di India, pelbagai dewi Hindu dan Buddha digabungkan menjadi Mahavidya, kumpulan sepuluh dewi.[6] Mahadevi yang lazim disembah dalam aliran Syaktisme termasuk: Durga, Kali, Saraswati, Lakshmi, Parvati dan Tripurasundari.[3] Selain itu, pelbagai Gramadevata juga disembah di kawasan India.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.