Sultan Kelantan From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV ialah Sultan Kelantan yang telah dimahkotakan pada tahun 1920 dengan gelaran Sultan Ismail berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Muhammad IV. Bondanya ialah Sultanah Wan Zainab binti Wan Muhammad Amin. Sebelum menjadi Sultan Kelantan, baginda tidak menjadi Raja Muda Kelantan kerana baginda masih muda dan ayahanda saudaranya Long Zainal Abidin memegang jawatan tersebut. Jawatan Raja Muda Kelantan sangat penting pada zaman tersebut kerana jawatan ini ibarat Raja Kedua yang mana sistem ini ditiru dari Dinasti Chakri (Siam), iaitu adinda raja yang memerintah ditabal sebagai Raja Muda yang mempunyai balairongseri dan istana sendiri bagi membantu pentadbiran negeri. Sebaliknya, ayahandanya iaitu Sultan Muhammad IV menganugerahi gelaran Tengku Sri Indera kepadanya pada 11 Mac 1901. Baginda memerintah Kelantan dari tahun 1920 sehingga baginda mangkat pada tahun 1944 akibat penyakit tuberculosis dan digantikan oleh adindanya Tengku Ibrahim.[1] Pada tahun 1915, Tengku Ismail yang pada ketika itu bergelar Tengku Sri Indera Mahkota telah berkahwin dengan Tengku Nik Tengku Kaya Pahlawan[1]
Sultan Ismail | |
---|---|
Sultan Ismail | |
Pemerintahan | 23 Disember 1920 - 20 Jun 1944 |
Pendahulu | Sultan Muhammad IV |
Pengganti | Sultan Ibrahim |
Raja Muda | Tengku Ibrahim |
Pasangan | (first) at Kota Bharu, 13th March 1910 (d. 1915), Tengku Petri binti Tengku Long, Tengku Ampuan, second daughter of Tengku Long bin Tengku Ngah [Long Besut], Tengku Sri Indra Segara Besut, in Trengganu, by his first wife, Tengku Embong binti Sultan Muhammad, third daughter of Sultan Muhammad III ibni Sultan Ahmad. (second) at Istana Balai Besar, Kota Bharu, 4 December 1915, Tengku Nik binti Tengku Kaya Pahlawan, younger daughter of Tengku Chik, Tengku Kaya Pahlawan, by his wife, Tengku Besar Maimuna binti Sultan Ahmad, of Tanang Munah, daughter of Sultan Ahmad ibni Sultan Muhammad. (third) Wan Mek, from Bukit Marak. (fourth) Tengku Sri Meriam binti Tengku Ahmad [Ku Enda] (bur. Royal Cemetery, Kampung Langgar), daughter of Tengku Ahmad, by his wife, a daughter of Sultan Ahmad Ibni Sultan Muhammad |
Anakanda | |
Tengku Petri Kisman Ja’ajan | |
Nama penuh | |
Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV | |
Tempat persemayaman | Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan |
Ayahanda | Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III |
Bonda | Sultanah Zainab binti Nik Muhammad Amin |
Keputeraan | Kota Bharu, Kelantan, Tanah Melayu British | 20 Ogos 1880
Kemangkatan | 20 Jun 1944 63) Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Britain dan Borneo Utara, Brunei dan Sarawak Britain | (umur
Dimakamkan | 21 Jun 1944 Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan, Malaya Britain |
Agama | Islam |
Sultan Ismail telah dimahkotakan menjadi Sultan Kelantan pada 25 Januari 1921 dan baginda adalah Sultan Kelantan yang pertama menjalani istiadat kemahkotaan, tujuannya ialah untuk menyempurnakan lagi kedaulatan dan kebesaran takhta kerajaan Kelantan Darulnaim.
Sepanjang zaman pemerintahan Baginda Sultan Ismail negeri Kelantan Darul Naim terus berkembang maju dalam berbagai-bagai bidang terutama sebelum pendudukan Jepun di negeri Kelantan pada tahun 1941. Di dalam zaman pendudukan Jepun ekonomi menjadi meleset menyebabkan pembangunan tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail adalah Raja Kelantan yang pertama menjalani Istiadat Kemahkotaan. Setelah ditabal menjadi Sultan pada 23.12.1920, Baginda telah menitahkan agar di adakan alat dan lambang kebesaran untuk digunakan dalam Istiadat Kemahkotaan Baginda nanti. Alat dan lambang kebesaran tersebut ialah:
Pada tahun 1925 Baginda Sultan Ismail telah menitahkan agar di adakan sejumlah Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang untuk di anugerahkan kepada Raja, Negeri dan masyarakat umum. Kumpulan Bintang-Bintang ini di kenali dengan nama Bintang Darjah Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia atau A-Ismaili.
Pada tahun 1921 Sultan Ismail telah mengarahkan agar digubah sebuah lagu kebangsaan Negeri Kelantan. Seruan ini disahut oleh En. M.S. Menzis, Ketua Pancaragam Pasukan Polis Kelantan telah menggubah sebuah lagu untuk dipersembahkan kepada Baginda Sultan. Pada 5 Julai 1927 Baginda Sultan telah memberi perkenan agar lagu ini dimainkan pada Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda dengan nama "Selamat Sultan".
Pada tahun 1930 senikata lagu “Selamat Sultan" telah digubah oleh Tengku Mahmudd Mahyiddin, Pegawai JPN Kelantan pada waktu itu.
Pada tahun 1922 Baginda Sultan Ismail telah mengubah bentuk bendera Tubuh Baginda dan juga Bendera Negeri Kelantan yang telah digunakan sejak zaman Almarhum Sultan Muhammad IV.
11 Oktober 1930 : Sultan Ismail berangkat ke Singapura untuk menghadiri Persidangan Raja-Raja Melayu yang pertama yang di hadiri oleh semua Raja-Raja Melayu.
4 Februari 1934 : Sultan Ismail sekali lagi berangkat ke Singapura menghadiri Persidangan Raja-Raja Melayu ke 2/3.
Sultan Ismail telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk memajukan negeri Kelantan. Antara langkah yang diambil ialah dengan mengadakan pejabat-pejabat baru seperti:
Pada tahun 1923, Sultan Ismail telah berkenan menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat yang dinamakan “Dewan Negara" bertempat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Pada 1.4.1921 satu bancian mengenai penduduk negeri Kelantan telah dilakukan. Kemudiannya pada 1.4.1931 bancian kali kedua telah dilakukan ke atas penduduk negeri Kelantan bagi mengetahui jumlah penduduk dan pecahan mengikut etnik.
Pada tahun 1922 Pasukan Tentera Sukarela yang di kenali dengan nama “Pasukan Jiwa Setia" telah ditubuhkan dengan anggotanya terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan dan Pembesar-Pembesar Negeri.
21.8.1922 : Masjid kayu di bandar Kota Bharu telah ditukar dengan masjid batu di mana perletakan batu asasnya telah disempurnakan oleh Baginda Sultan Ismail. Masjid batu siap dibina pada tahun 1925 dan dinamakan “Masjid Muhammadi" mengambil sempena nama Sultan Muhammad IV.
26.8.1922 Mercantile Bank of India Ltd. Telah dibuka dan dirasmikan oleh Baginda Sultan Ismail. Bank ini merupakan Bank Perdagangan yang pertama di Kelantan.
Pada akhir tahun 1926 bekalan elektrik mula digunakan di Kota Bharu dengan menggunakan sebuah jentera sederhana yang di tempatkan di Jalan Tok Hakim.
Pada tahun 1927 Jalan Raya telah dipermodenkan di mana jalan raya dalam bandar Kota Bharu mulai diturap dengan tar.
Di samping bekalan elektrik dan air, kemudahan kesihatan untuk orang ramai juga tidak di lupakan. Pada tahun 1929 Hospital Besar mula dibina di Kg Padang Garong, Kota Bharu.
Perhubungan udara antara negeri Kelantan dengan negeri lain telah bermula dengan pendaratan sebuah kapal terbang laut No S1420 di perairan Sungai Kelantan di kawasan Istana Kota Lama pada 25.8.1930.
Jambatan Sungai Nal atau Jambatan Sultan Ismail merupakan satu-satunya gertak gantung di Negeri Kelantan yang merupakan perhubungan penting antara Kota Bharu dan Kuala Krai. Ia telah disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Ismail pada 19 April 1932. Dengan siapnya jambatan baru disebelahnya, jambatan gantung ini tidak digunakan lagi.
Jambatan Guillermard yang menghubungkan Stesen Keretapi Tumpat dan Kuala Krai yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Ismail pada tahun 1925.
Pada 5.9.1931 Jalan Keretapi yang menghubungkan Tumpat dengan Pahang telah dibuka secara rasmi.
Pada tahun 1932 Jalan Raya antara Pasir Puteh dan Kuala Terengganu telah dibuka pada 19.4.1932. Sultan Ismail dan Sultan Terengganu secara serentak telah berangkat merasmikan jalan tersebut.
Pada tahun 1932 Pasar Kubang Pasu telah siap dibina. Bagi memenuhi keperluan ramai sebuah lagi pasar baru telah dibina dan pasar ini di kenali dengan nama “Kedai Baru" (kini Pasar MPKB) Sultan Ismail telah berkenan berangkat merasmikan pasar baru ini pada 3.4.1938.
Bekalan air paip mula digunakan di bandar Kota Bharu pada 20.3.1935 bagi memberi lebih keselesaan dan menjamin kesihatan kepada penduduk.
Pada 2.10.1936 Lapangan Terbang Pengkalan Chepa mula dibina menandakan bermulanya era perhubungan udara yang lebih teratur. Pada tahun ini jugalah bermulanya perkhidmatan kapal terbang di dalam negeri di Tanah Melayu.
Dalam zaman pemerintahan Sultan Ismail bermula perkhidmatan mel udara yang pertama di Kelantan iaitu pada 6.4.1938 Setem baru negeri Kelantan telah dikeluarkan dan mulai dijual kepada orang ramai
Semasa pemerintahan Sultan Ismail, Tentera Jepun telah menyerang dan menduduki negeri Kelantan. Serangan tersebut bermula dengan pendaratan Tentera Jepun di Kuala Pak Amat pada 8 Disember 1941.[2]
20.12.1941: Seluruh negeri Kelantan jatuh ke tangan Jepun dan di letak Pendudukan di bawah pentadbiran Tentera Jepun atau Pejabat Kambo di bawah perintah seorang Gabenor Jepun yang dipanggil Cakan Ka Kaka:
2.7.1942: Pentadbiran negeri Kelantan yang dahulunya di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan telah diambil alih oleh pejabat Somubu/Pejabat Awam yang di ketuai oleh Somubu Tyo.
18.10.1943: Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah di letak di bawah pemerintahan tentera Thai secara rasmi. Ini adalah untuk memenuhi Perjanjian Sulit antara Jepun-Siam. Sepanjang pemerintahan Thai, negeri Kelantan mempunyai 2 orang pesuruhjaya tentera:
1.1.1944: Majlis Montri Spa atau Majlis Mesyuarat Negeri mula berkuatkuasa. Majlis Montri Spa ini di pengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail sendiri.
6.1.1944: Pejabat Setiausaha Kerajaan yang ditutup oleh Jepun dibuka semula dan pegawai-pegawainya telah diarah bertugas semula seperti sebelumnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.