Sultan Pahang From Wikipedia, the free encyclopedia
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah (Jawi: سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بكر رعاية الدين المعظم شاه; 24 Oktober 1930 – 22 Mei 2019) merupakan Sultan Pahang Moden kelima dari 8 Mei 1974 sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Januari 2019.
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | |
---|---|
Sultan Pahang Moden ke-5 | |
Pemerintahan | 8 Mei 1974 - 11 Januari 2019 |
Pendahulu | Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah |
Pengganti | Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Raja Muda | Tengku Abdullah |
Pasangan | Tengku Ampuan Afzan (k. 1954; m. 1988) Sultanah Kalsom (k. 1991; b. 2019) |
Anakanda | |
Tengku Meriam Tengku Muhaini Tengku Aishah Marcella Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Tengku Abdul Rahman Tengku Nong Fatimah Tengku Shahariah Tengku Fahad Mua’adzam Shah | |
Nama penuh | |
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah | |
Tempat persemayaman | Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang |
Ayahanda | Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah |
Bonda | Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah |
Keputeraan | Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British | 24 Oktober 1930
Kemangkatan | 22 Mei 2019 88) Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia[1] | (umur
Dimakamkan | 23 Mei 2019 Makam Diraja Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang |
Agama | Islam Sunni |
Setelah itu, baginda dikurniakan gelaran Paduka Ayahanda.
Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh, memerintah Malaysia dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.
Baginda merupakan paduka anakanda ketiga dan paduka putera tunggal kepada KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah dengan KDYMM Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah.
Tengku Ahmad Shah telah diputerakan pada jam 12:00 tengah hari, 24 Oktober 1930 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah, Sultan Pahang III,[2] di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baginda turut belajar asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.
Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.
Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.
Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 1984. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.
Ketika pemerintahan paduka nenda baginda, Tengku Ahmad berada dalam tempat kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan Pahang, di hadapan paduka ayahandannya. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1932 dan diganti oleh paduka ayahandanya, baginda berada tempat pertama dalam susur galur pewarisan takhta. Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Tengku Ahmad dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia Kedua, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.[3]
Pada tahun 1965, baginda diangkat menjadi pemangku raja apabila paduka ayahandanya berangkat ke luar negara selama dua bulan.[4]
Sultan Ahmad Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Pahang moden yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 8 Mei 1975.
Sultan Ahmad Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketujuh menggantikan Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang telah mangkat pada 25 April 1979.
Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah kemudian mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik menjadi Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pertama pada Februari 1983.
Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran Paduka Ayahanda.
Baginda menyerahkan takhta kepada paduka putera baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun bagi membenarkan paduka putera baginda layak menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan Sultan Muhammad V turun takhta.[5]
Pada 22 Mei 2019, Istana Pahang melaporkan Paduka Ayahanda telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8:50 pagi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur setelah gering sekian lama.[6] Baginda dimakamkan bersebelahan pusara isteri Baginda, Tengku Ampuan Afzan di Makam Diraja Pahang, berdekatan dengan Masjid Abu Bakar di Pekan, Pahang.[7]
Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Tarikh Kemangkatan | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Anakanda Mereka | Cucunda Mereka |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tengku Meriam | 1 April 1955 | Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang | 24 April 1976 - bercerai | Tengku Dato’ Sri Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah | Tengku Aidy Ahmad Shah | Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah | ||
Yang Amat Mulia Tengku Muhaini | 31 Oktober 1956 | Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang | 22 Januari 1981 - bercerai | Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra | ||||
Yang Amat Mulia Tengku Aishah Marcella | 13 November 1957 | Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang | 23 Oktober 1980 - bercerai & 2 Julai 1987 - kini | Tunku Kamil Ikram bin Tunku Abdullah & Dato’ Muhammad Johan bin Dato’ Muhammad Yusuf | Tunku Kaiyisah binti Tunku Kamil Ikram Tun Putra Ahmad Aizuddin Shah bin Dato’ Muhammad Johan Putri Afzan Shakira Nabila binti Dato’ Muhammad Johan | |||
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | 30 Julai 1959 | Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang | 6 Mac 1986 - kini | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj | Tengku Amir Nasser Ibrahim (Anakanda Angkat) Almarhum Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat 24 Julai 1990) Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Tengku Puteri Iman Afzan Tengku Puteri Ilisha Ameera Tengku Ilyana | Tengku Adam Ibrahim Shah Tengku Sulaiman Abdullah Shah Tengku Zayn Edin Shah | ||
Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman | 23 Ogos 1960 | Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang | 27 Julai 2002 | Che Puan Julita Aishah binti Abdul Latiff & Che Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip | Tengku Eddie Akasya Tengku Ahmad Firman Shah Tengku Ameera Asya Tengku Armaan Alam Shah | |||
Yang Amat Mulia Tengku Nong Fatimah | 4 September 1962 | Dato’ Haji Muhammad Moiz | ||||||
Yang Amat Mulia Tengku Shahariah | 12 September 1964 | Baharim | ||||||
Yang Amat Mulia Tengku Fahad Mua’adzam Shah | 10 Februari 1994 | |||||||
Keturunan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.