Mantan Sultanah Pahang From Wikipedia, the free encyclopedia
Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah, dahulunya dikenali sebagai Sultanah Hajjah Kalsom (nama asal Anita; lahir 12 September 1951 di Taftan, Balochistan, Pakistan) adalah mantan Sultanah Pahang dan isteri perkahwinan kedua kepada Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan Pahang era moden ke-5.
Che Puan Besar Kalsom Abdullah | ||
---|---|---|
Che Puan Besar Pahang | ||
15 Ogos 2019 - kini | ||
Pelantikan | 15 Ogos 2019 | |
Negeri | Pahang | |
Pendahulu | Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah (sebagai Tengku Ampuan Besar) | |
Sultanah Pahang | ||
30 September 1992 - 15 Januari 2019 | ||
Pelantikan | 30 September 1992 | |
Negeri | Pahang | |
Pendahulu | Tengku Ampuan Afzan (sebagai Tengku Ampuan) | |
Pengganti | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (sebagai Tengku Ampuan) | |
Pasangan | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | |
Anakanda | Tengku Fahad Mua’adzam Shah | |
Dilahirkan | 12 September 1951 | |
Taftan, Balochistan, Pakistan, Raj British |
Baginda dilahirkan pada 12 September 1951 di Taftan, Balochistan, Pakistan serta berketurunan Parsi dan Pakistan.
Baginda khabarnya pernah berkhidmat sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa yang terkemuka.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah pada 14 Mac 1991.
Baginda dan Tuanku Sultan mempunyai seorang anakanda lelaki iaitu Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah.
Setelah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Ahmad Shah pada 14 Mac 1991, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Berbahagia Che Puan Kalsom Abdullah.
Pada 30 September 1992, baginda telah dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah oleh paduka suaminya KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.
Selepas kemangkatan suaminya pada 22 Mei 2019, anakanda tirinya Al-Sultan Abdullah telah berkenan mengurniakan gelaran Yang Amat Mulia Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah kepada baginda pada 15 Ogos 2019.[1] Gelaran ini diperuntukan kepada balu Almarhum Sultan yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa).
Che Puan Besar Hajjah Kalsom telah menggunakan kedudukannya sebagai permaisuri untuk lebih bergiat aktif dalam menangani isu-isu masalah sosial. Baginda juga merupakan penaung diraja dari pelbagai organisasi. Hasil kerja kebajikannya amat memberikan inspirasi kepada mereka yang terlibat dalam menguruskan organisasi-organisasi yang berkaitan terutama sekali organisasi yang menguruskan isu permasalahan sosial.
Yayasan Sri Kencana Kalsom, dinamakan bersempena namanya yang mana yayasan ini menyediakan tempat tinggal untuk golongan ibu-ibu tunggal dan juga wanita yang telah menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga. Yayasan ini juga membantu golongan wanita-wanita ini untuk membina semula kehidupan mereka seperti membantu mencarikan pekerjaan yang membolehkan mereka hidup berdikari serta menjalani kehidupan yang dihormati oleh masyarakat sekeliling.
Baginda juga merupakan Penaung OrphanCARE Foundation, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang bertujuan untuk membantu anak-anak yatim untuk menemui keluarga yang sudi mengambil mereka sebagai anak angkat. OrphanCARE juga merupakan tempat perlindungan untuk bayi yang pertama di Malaysia bagi para ibu yang baru melahirkan bayi supaya bayi yang tidak mahu dijaga oleh mereka boleh ditinggalkan di pertubuhan tersebut sebagai anak angkat. Hal ini bagi mengurangkan isu gejala pembuangan bayi. Baginda juga telah memberikan sokongan yang penuh kepada organisasi ini yang berada di bawah pantauan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai rakan kongsi pintar.
Sebagai penaung diraja Kelab Soroptimist Kuantan, Che Puan Besar Hajjah Kalsom sentiasa memberikan kerjasama yang cukup baik dalam membimbing pergerakan itu dengan pandangannya yang kuat tentang pemerkasaan. Keprihatinannya terhadap golongan wanita disebabkan oleh falsafah peribadinya bahawa setiap impian mesti dikejar sepenuhnya dan wanita mesti diberi setiap peluang untuk merealisasikan bakat dan kemahiran mereka. Kelab ini berfungsi sebagai persatuan golongan-golongan wanita profesional yang di mana mereka berkongsi bakat dan kemahiran serta kemampuan mental dan fizikal mereka untuk membantu golongan yang memerlukan.
Baginda juga merupakan Ahli Kehormat kelab The Sorority, kelab ahli eksklusif untuk wanita profesional yang memberi inspirasi yang berpangkalan di London, objektif kelab ini untuk melahirkan lebih ramai golongan wanita ikonik yang memberikan inspirasi serta mewakili wanita moden dan profesional yang membentuk masa depan dengan gaya dan ekspresi seseorang individu.
Baginda juga merupakan penaung diraja bagi kelab Kiwanis Malaysia di Kuantan sejak dari tahun 2004.
Berikutan kerja-kerja kebajikan baginda yang luar biasa serta memberi inspirasi dalam kemajuan pembangunan sosial masyarakat, pihak Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing telah menganugerahkan baginda Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pembangunan Sosial.[2]
Gelaran hormat bagi Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tuanku |
Gaya pilihan | Che Puan Besar |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.