From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukhoi Su-30 (nama pengenalan NATO "Flanker-C") merupakan sebuah pesawat tentera lincah yang dibangunkan oleh Sukhoi Aviation Corporation, Rusia dan mula berkhidmat pada tahun 1996. Pesawat ini merupakan pesawat penguasaan udara yang mana juga berupaya untuk melaksanakan misi serangan darat.
Sukhoi Su-30 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat penguasaan udara, Pesawat penyerang |
Negara pengeluar | Rusia |
Pengeluar | Sukhoi |
Penerbangan sulung | 1989 |
Mula digunakan | 1996 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara Rusia Tentera Udara India Tentera Udara Algeria Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat |
Kos seunit | AS$ 33-45 juta |
Dibangunkan dari | Sukhoi Su-27 |
Kelainan | Sukhoi Su-30MKI Sukhoi Su-30MKK |
Pesawat ini merupakan pesawat tingkat upaya daripada Su-27UB dan mempunyai beberapa variasi. Pesawat siri Su-30K dan Su-30MK membawa kejayaan komersil. Variasi pesawat ini dikeluarkan oleh KnAAPO dan IRKUT Corporation, kedua-duanya adalah syarikat di bawah naungan kumpulan Sukhoi Aviation Corporation. KNAAPO mengeluarkan Su-30MKK dan Su-30MK2, yang mana direka dan dijual kepada China. IRKUT Corporation pula mengeluarkan pesawat jarak jauh, pelbagai fungsi siri Su-30MK. Siri-sirinya termasuk Su-30MKI yang dibangunkan untuk Tentera Udara India. Singkatan MKM, MKA dan MKV pada versi Su-30MK adalah masing-masing merujuk kepada Malaysia, Algeria dan Venezuela.
Walaupun pesawat asal Su-27 mempunyai jarak operasi yang baik, ia belum cukup untuk melaksanakan beberapa tugas pertahanan udara seperti yang dikehendaki oleh PVO Strany ("PVO" merujuk kepada "Protivo-Vozdushnaya Oborona" — "Pertahanan Udara") yang mana meliputi kawasan yang luas yang merentasi Kesatuan Soviet. Oleh sebab itu, pembangunan dimulakan pada 1986 pada Su-27PU, iaitu variasi tingkat upaya untuk Su-27 yang bertindak sebagai pesawat pemintas jarak jauh atau pusat kawalan udara. Pesawat latihan tempur 2 tempat duduk, Su-27UB pula dipilih sebagai asas untuk Su-27PU, disebabkan ia mempunyai keupayaan pesawat satu tempat duduk, Su-27 manakala misi jarak jauh memerlukan 2 anak kapal. Pesawat prototaip (konsept terbukti) diterbangkan pada 6 Jun, 1987, dan kejayaan ini telah memulakan kerja-kerja pembangunan pesawat prototaip 2 tempat duduk, Su-27PU. Pesawat prototaip pertama, Su-27PU terbang di Irkutsk pada 31 Disember, 1989, dan pesawat pertama daripada 3 pesawat diterbangkan pada 14 April, 1992.
Untuk menyesuaikan pesawat Su-27UB dengan tugasan barunya, pesawat ini telah dilengkapkan dengan prob pengisian minyak di udara jenis boleh ditarik semula untuk menambah jarak operasi; prob ini dipasang pada bahagian sisi kiri muncung dan sebagai penyelesaian IRST telah diubah ke bahagian kanan.
Sistem avionik pesawat juga ditukar, alat panduan dan komunikasi khas dipasang untuk kawalan formasi penerbangan pada pesawat pemintas satu tempat duduk, Su-27. Kokpit belakang pula dilengkapkan dengan paparan CRT yang memberi maklumat taktikal kepada Ketua Formasi berkenaan sasaran dan pesawat pemintas. Sistem navigasi dan terbang dengan wayar juga ditingkat upaya. Ia telah dilengkapkan dengan radar NIIP N001 terkini, yang mana berkeupayaan untuk melakukan serangan udara-ke-darat dan menjejak dan memusnahkan beberapa sasaran udara secara serentak.
Sukhoi juga menawarkan Su-27PU yang boleh bertindak sebagai "pengawal pesawat", seolah-olah mini-AWACS, dengan krew belakang bertindak menggunakan radar dan rangkaian data untuk mengawal pesawat-peswat lain. Walau bagaimanapun, PVO Strany tidak berminat untuk membeli Su-27PU. Kesemua nasib 5 buah pesawat Su-27PU, dengan memakai pengenalan baru "Su-30", berakhir dengan digunakan sebagai pesawat latihan bersama PVO Strany. Penghantaran pesawat ke pangkalan latihan lanjutan Regimen Pemintas Udara ke-54 bermula pada tahun 1996.
Pesawat ini dilengkapi dengan brek udara di belakang kokpit.
Variasi 2 tempat duduk Su-30M pelbagai peranan telah dicadangkan untuk kegunaan Rusia dan beberapa unit mungkin telah dibina pada pertengahan-1990-an untuk penilaian.
Pesawat Su-30MK berupaya untuk melaksanakan misi tempur yang pelbagai yang jauh daripada pangkalan, dalam sebarang keadaan cuaca, persekitaraan serakan yang tinggi, pada waktu siang atau malam.
Pesawat MRCA Su-30MK ini dipasang dengan segala kelengkapan tempur dalam semua senario untuk kombat operasi dan taktikal, daripada tugas-tugas pertempuran udara (iaitu mendapatkan penguasaan udara, pertahanan udara, rondaan udara dan pengiring) hingga serangan darat, menumpaskan pertahanan udara musuh, larangan udara, sokongan udara dekat dan serangan maritim. Selain itu, pesawat Su-30MK boleh melaksanakan ECCM dan tugas amaran awal, seperti bertindak sebagai arahan dan kawalan ke atas sekumpulan aset tempur udara yang melaksanakan misi bersama.
Tatarajah aerodinamik bagi pesawat Su-30MK sangat tidak stabil pada kedudukan longitude triplane. Untuk meningkatan kecekapan lonjakan dan pengendalian pesawat, kanard dipasang pada pesawat. Kanard ini akan melencong secara automatik untuk memastikan pesawat berada dalam keadaan terkawal semasa pesawat dalam serangan sudut yang tinggi. Kanard bagaimanapun hanya dipasang pada sesetengah model kelainan Su-30 sahaja sebagai contoh Sukhoi Su-30MKI.
Konfigurasi aerodinamik bersepadu, yang digabungkan bersama dengan keupayaan Kawalan Tujahan Vektor, menghasilkan kebolehan manuver yang sukar dijangka dan ciri-ciri unik semasa berlepas dan mendarat. Dilengkapkan dengan sistem digital terbang-dengan-wayar, pesawat Su-30MK boleh melakukan manuver-manuver yang rumit. Ini termasuk manuver Ular Tedung Pugachev dan Loceng yang terkenal. Semasa melakukan manuver balik-kuang, pesawat ini melakukan pusingan 360-darjah dalam satah mencerun tanpa kehilangan altitud. Dalam manuver pusingan mendatar terkawal, pesawat ini boleh melakukan beberapa pusingan penuh pada satah mendatar, dengan pecutan sifar, secara tiba-tiba.
Pesawat Su-30 dijanakan oleh gabungan 2 unit enjin Saturn AL-31FP turbofan bersaluran rendah pembakaran lanjut yang menghasilkan kuasa tujahan pembakaran lanjutr berjumlah 25,000 kgf (245 kN). Ini menghasilkan Mach 2 kelajuan terbang mendatar, laju sebanyak 1,350 km/j di altitud rendah dan kadar pendakian sebanyak 230 m/s.
Dengan kapasiti tangki minyak normal sebanyak 5,270 kg, Su-30MK berupaya untuk melaksanakan misi serangan selama 4.5-jam dalam lingkungan jarak 3,000 km. Sistem pengisian minyak di udara menambah masa terbang sehingga 10 jam dan jarak operasi sehingga 8,000 km pada ketinggian meluncur di antara 11 hingga 13 km.
Keupayaan jarak jauh meningkatan pilihan penggunaan pesawat yang ketara. Pilihan misi berubah dari misi rondaan, mengiring pesawat pemintas jarak jauh dan serangan udara ke darat.
Perbezaan sudut lencongan sebanyak ±15-darjah pada muncung tak simetri dan enjin (dengan kedudukan paksi pusingan pada sudut 32-darjah diantara satu sama lain) membolehkan kawalan tujahan vektor (TVC) dilakukan. Bergantung pada manuver yang ingin dilakukan, kecerunan muncung boleh diselarskan dengan atau diasingkan daripada kecerunan satah mendatar pada bahagian ekor pesawat.
Konfigurasi pesawat 2 tempat duduk menyumbang kepada peningkatan keupayaan pesawat yang ketara. Ini disebabkan oleh pembahagian tugas di antara 2 anak kapal. Tugas juruterbang adalah menerbangkan pesawat, mengawal senjata dan melakukan manuver pertempuran udara, sementara itu pegawai sistem senjata (WSO) pula akan mengendalikan misil udara-ke-udara Jarak Melangkaui Penglihatan (BVR) dan misil panduan udara-ke-darat semasa pertempuran jarak jauh, mengawasi persekitaran taktikal untuk memastikan situasi terkawal serta melaksanakan tugas-tugas arahan-dan-kawalan dalam misi berkumpulan.
Data dari laman KNAAPO Su-30MK,[17] Sukhoi Su-30MK,[18] Gordon and Davison[19]
Su-27PU mempunyai 8 tenggekan untuk muatan senjatanya, berbanding 12 tenggekan pada pesawat Su-30MK: 2 rel pada hujung sayap untuk melancarkan peluru berpandu udara ke udara, 3 pilon di bawah setiap sayap, 1 pilon pada bawah setiap enjin, dan 2 pilon sebaris di "lengkung" yang terletak di antara enjin. Kesemua versi boleh membawa sehingga 8,000 kg muatan persenjataan.
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.