From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Udara Venezuela, (Bahasa Sepanyol Aviación Militar Bolivariana de Venezuela,dahulunya Fuerza Aérea Venezolana, FAV) adalah sebuah badan keselamatan profesional untuk mempertahankan kedaulatan dan ruang udara Venezuela. Ia merupakan sebuah komponen dalam Angkatan Tentera Venezuela.
Kelahiran FAV bermula pada 10 Disember, 1920 apabila Sekolah Penerbangan Tentera Venezuela ditubuhkan. Antara pesawat-pesawat terawal yang dimiliki termasuk Farman, Caudron G-3 dan juga pesawat amfibia Caudron G-4. Dekad pertama penubuhan FAV banyak dipengaruhi oleh Perancis, Jerman dan Itali. Selepas Perang Dunia II, tentera udara telah disusun kembali dengan bantuan Amerika Syarikat, yang mana menjadi permulaan pada penubuhan rasmi Fuerza Aérea Venezolana, pada 22 Jun, 1946.
Kebanyakan pangkalan tentera udara pada hari ini telah dibina pada tahun 1960-an. Di antara pesawat pejuang utama pada masa itu adalah Venom, Vampire, dan F-86. Manakala skuadron pesawat pengebom pula menggunakan pesawat B-25 Mitchell. Tahun-tahun 1970-an dan 1980-an telah menyaksikan peningkatan pada tahap kekuatan FAV, peningkatan harga minyak telah membolehkan FAV untuk melengkap kembali unit-unitnya. Pegangan kombinasi pelbagai jenis pesawat dikekalkan dan pesawat-pesawat seperti Mirage IIIE/V, VF-5A/D, T-2D, OV-10A/E dan T-27 telah diperoleh. Venezuela merupakan di antara pelanggan eksport pertama bagi pesawat F-16 Fighting Falcon yang mana tiba pada tahun 1983 bagi melengkapkan skuadron yang baru ditubuhkan iaitu Grupo Aéreo de Caza 16 yang berpangkalan di Pangkalan Udara El Libertador. [1][2]
Pada 2006, pesawat-pesawat F-16, F-5 dan Mirage milik Tentera Udara Venezuela telah terlibat dalam latihan bersama Cruzex III yang telah diadakan di Brazil bersama-sama tentera udara Argentina, Brazil, Chile, Perancis, Peru dan Uruguay. [3]
Venezuela akan membeli sekurang-kuranya 4 buah helikopter Mil Mi-28 pada masa depan. Helikopter ini akan beroperasi pada tahun 2009. Terdapat laporan Tentera Udara Venezuela akan membeli sekurang-kurangnya 2 buah pesawat IL-76.
Pada Julai 2005, Venezuela telah membeli 24 buah pesawat Sukhoi Su-30MKK daripada Rusia, sebagai tindak balas ke atas sekatan alat-alat ganti pesawat F-16 Fighting Falcon oleh Amerika Syarikat. Kesemua pesawat ini telah dihantar dengan pesawat terakhir telah dihantar kepada Venezuela pada 2008.[4]
Baru-baru ini, Venezuela sedang berbincang dengan Rusia bagi memperoleh pesawat pejuang Sukhoi Su-35 pada masa akan datang.[5]
Pesawat | Asal | Jenis | Versi | Jumlah[6] | Nota |
---|---|---|---|---|---|
Su-30MK2 | Rusia | Pejuang pelbagai peranan | 24 | Semua pesawat telah dihantar[7] | |
F-16 Fighting Falcon | Amerika Syarikat | Pejuang | 21 (10) | Hanya 10 buah masih beroperasi | |
CF-5 | Kanada | Pejuang | 18 | ||
Dassault Mirage 50 | Perancis | Pejuang | 5 | Akan dibersarakan | |
OV-10 Bronco | Amerika Syarikat | Serangan ringan Pengawasan | 7 | ||
Airbus A319 | Kesatuan Eropah | Pengangkut | 1 | ||
Beechcraft Super King Air | Amerika Syarikat | Pengangkut | 5 | ||
Fairchild Swearingen Metroliner | Amerika Syarikat | Pengangkut | 2 | ||
Boeing 707 | Amerika Syarikat | Pengangkut | 7 | ||
Boeing 737 | Amerika Syarikat | Pengangkut | 1 | ||
Cessna Citation 500/550 | Amerika Syarikat | Pengangkut | 5 | ||
Dassault Falcon 20 | Perancis | VIP | 2 | ||
Dassault Falcon 50 | Perancis | VIP | 2 | ||
C-130 Hercules | Amerika Syarikat | Pengangkut | 4 | ||
Cessna Citation X | Amerika Syarikat | VIP | 1 | ||
Cessna 182 | Amerika Syarikat | Latihan asas | 12 | ||
Hongdu JL-8 | Republik Rakyat China | Latihan | 0 | 24 buah dalam pesanan | |
Embraer EMB 312 Tucano | Brazil | Latihan | 32 | ||
Aermacchi SF.260 | Itali | Latihan Serangan ringan | 12 | ||
Eurocopter Super Puma | Kesatuan Eropah | Pengangkut helicopter | 8 | ||
Eurocopter Cougar | Kesatuan Eropah | Helikopter pengangkut | 4 | ||
Mil Mi-28 | Rusia | Helikopter penyerang | 0 | 4 buah dalam pesanan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.