From Wikipedia, the free encyclopedia
Sualo, martin dan sayap-gergaji, atau Hirundinidae, merujuk pada keluarga burung passerine yang boleh ditemui di seluruh benua di dunia, termasuk kadang kala di Antartika. Ia mencari makan semasa terbang serta memiliki ciri-ciri yang ketara. Terdapat sekitar 90 spesies Hirundinidae,[1] yang dibahagikan kepada 19 genera, dengan kepelbagaian tertinggi ditemui di Afrika, yang ia dipercayai mengalami evolusi dengan membuat sarang di dalam lubang pokok.[2] Ia juga boleh ditemui di beberapa pulau-pulau di lautan. Sejumlah spesies Eropah dan Amerika Utara merupakan spesies migrasi jarak jauh; berlawanan dengan spesies sualo di Afrika Barat dan Selatan yang merupakan bukan spesies migrasi.
Sualo | |
---|---|
Sualo Sayap Pied Hirundo leucosoma | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Suborder: | Passeri |
Keluarga: | Hirundinidae Rafinesque, 1815 |
Genera | |
19, lihat teks |
Keluarga ini terdiri dari dua subfamili: Pseudochelidoninae (martin sungai dalam genus Pseudochelidon) dan Hirundininae (semua sualo, martin dan sayap-gergaji yang lain). Di Dunia Lama, nama martin lebih cenderung untuk digunakan pada spesies ekor-kotak, dan nama sualo untuk spesies ekor bercabang; bagaimanapun, tiada perbezaan saintifik antara dua kumpulan ini.[3] Di Dunia Baru, "martin" telah dikhaskan untuk anggota dalam genus Progne. (Dua sistem ini dipertanggungjawabkan untuk martin pasir yang dikenali sebagai "sualo tebing" di Dunia Baru.)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.