Stesen LRT Pandan Indah
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen LRT Pandan Indah ialah stesen LRT yang terletak di Ampang, Selangor, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di kawasan perumahan Pandan Indah. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]
Lokasi | Stesen Pandan Indah, Off Jalan Pandan Indah 20, Pandan Indah, 55100 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′5″N 101°44′48″E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas Tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 277 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | AG15 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Disember 1996 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kerayong, Pandan Indah, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah Flat Taman Bakti manakal di sebeah tenggar stesen adalah Pangsapuri Inai. Juga terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah Axis Atrium, kondominium Axis Residences, kawasan perumahan Pandan Indah, Taman Bakti, Taman Cempaka, pangsapuri Pandan Mas dan Dewan MPAJ Taman Cempaka.
G | Bangunan stesen | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian |
G Platform | ||
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | ||
AG Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Pandan Jaya) | |
AG Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Cempaka) | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri |
Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 277 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.