Stesen LRT Cempaka

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen LRT Cempakamap
Remove ads

Stesen LRT Cempaka ialah stesen LRT yang terletak di Ampang, Selangor, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di Taman Cempaka. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Fakta Segera Cempaka چمڤاک‎, Lokasi ...
Remove ads
Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Cempaka 8, Ampang, Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Cempaka, Pandan Cahaya, kawasan perumahan flat Pandan Indah, Kondominium Le Jardine, apartmen mewah Pandan Cempaka Townhouse, kondominium D'Pines dan Depoh Bas Pandan Indah.

Pelan stesen

G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
AG Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Pandan Indah)
AG Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Cahaya)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 296 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T350, T351, T352 dan bas Smart Selangor laluan AJ03 berkhidmat di stesen ini.

Remove ads

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads