Sebuah stesen LRT Laluan Ampang yang terletak di Ampang, Selangor. From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen LRT Ampang adalah stesen LRT di Ampang, Selangor dimana Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini adalah stesen terminal timur bagi Laluan Ampang. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 dengan pembukaan LRT STAR antara stesen ini dan stesen Sultan Ismail.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan stesen ini menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]
Lokasi | Stesen Ampang, Jalan Ampang, Pekan Ampang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°09′1″N 101°45′36″E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: BET7, 300, T301, T302, 303, AJ2A | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 1,140 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | AG18 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Disember 1996 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen ini terletak di Ampang Jaya, Selangor berhampiran Jalan Ampang dan Jalan Pasar. Di sebelah barat stesen adalah Taman Dagang manakala di sebelah timur stesen adalah kompleks perniagaan Ampang Mewah. Juga terletak berhampiran stesen adalah pejabat Kedutaan Zimbabwe, Kampung Melayu Ampang, Pekan Ampang, SK Ampang, Masjid Jamiul Huda dan Surau An-Nur Taman Dagang.
G | Bangunan stesen | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaneka, laluan pejalan kaki ke MSPR, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
G Platform |
Landasan tidak digunakan | |
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan | ||
AG Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (Cahaya) |
Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Stesen ini mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,140 petak parkir kereta — 20 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 200 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[4] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[5]
Bas RapidKL laluan BET7, 300, T301, T302, 303 dan bas Smart Selangor laluan AJ2A berkhidmat di stesen ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.