From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Kebangsaan Ampang, yang lebih dikenali sebagai nama ringkasnya SK Ampang, merupakan sebuah sekolah kebangsaan dalam bandar[2] yang terletak di Jalan Merbau, Kampung Melayu Ampang, di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat[2]. Pada masa kini, Sekolah Kebangsaan Ampang memiliki 1,222 murid dan 75 guruJun 2022.
Sekolah Kebangsaan Ampang | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Merbau Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah rendah |
Moto | Berusaha, Berilmu, Berbakti |
Ditubuhkan | 1971[1] |
Nombor sekolah | +603-42564342 |
Kod sekolah | BBA4024[2] |
Guru besar | Yazid bin Zakaria[3] |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Hairda binti Md Hairi[3] |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tahran Nazim bin Mohamad Tahir[3] |
Penolong Kanan Kokurikulum | Haniza binti Zulkapli[3] |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Mohd. Hafizul Ariff bin Mohd. Kashim[3] |
Faks | +603-42564342 |
Laman sesawang | Laman Blogspot |
Sekolah Kebangsaan Ampang ditubuhkan pada tahun 1971, dengan satu blok bangunan setingkat yang kini dikenali sebagai blok A, dan mempunyai 16 orang guru yang dipimpin oleh Encik Baharuddin bin Mat Lon sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ampang yang pertama. Seramai 250 murid mula mendaftar pada ketika itu. SK Ampang telah dirasmikan pada dua tahun berikutnya iaitu pada 16 September 1973 oleh Yang Berhormat Dato Mohammad bin Yakob, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
SK Ampang, yang merupakan sekolah yang pertama di Ampang, membina bangunan tambahan untuk bilangan murid yang bertambah selari dengan pertambahan populasi penduduk setempat pada ketika itu. Selain itu, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan pada 1974[1].
Dari tahun 1976, bilangan guru bertambah ke 75 orang, dan murid bertambah menjadi 1,000 orang, yang menyebabkan masalah seperti kekurangan kerusi meja, bilik guru yang terlalu kecil dan kekurangan tenaga pengajar. Pada tahun 1979, sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina, yang dinamakan Blok B, diikuti oleh sebuah lagi bangunan tambahan pada tahun 1980[4]. Sejak tahun 1978, SK Ampang beroperasi secara dua sesi[4].
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara[5].
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera[5].
SK Ampang terbahagi kepada 3 blok bangunan iaitu blok A, blok B, dan blok C[1].
Blok A terdiri daripada pra-sekolah, bilik JQaf, surau dan bilik darjah. Blok B terdiri daripada pejabat, bilik darjah dan bilik-bilik khas (dewan, bilik mesyuarat, bilik guru, bilik kurikulum, pusat sumber, bilik kaunseling, bilik SPBT, bilik muzik, bilik pemulihan, bilik pengawas dan gim). Blok C terdiri daripada makmal sains dan bilik darjah. Selain itu, terdapat makmal komputer, stor sukan dan kantin yang terletak di blok setingkat yang berlainan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.