Stephen Jacob Jimbangan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stephen Jacob Jimbangan atau lebih dikenali sebagai Datuk Dr Stephen Jimbangan ialah ahli politik yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau adalah bekas calon Parti Gagasan Rakyat Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kapayan, Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah dan memegang jawatan presiden ke-2 untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah sebelum diambil-alih oleh Hajiji Noor.[5][6][7][8] Pada tahun 2023, beliau dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Agung untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah dengan Setiausaha Agung parti tersebut Mohd Razali Razi.[9]
Fakta Segera Stephen Jacob Jimbangan PGDK (Sabah), Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah ...
Stephen Jacob Jimbangan PGDK (Sabah) | |
---|---|
![]() | |
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah | |
Dalam jawatan 2021–2023 | |
Didahului oleh | Dr.Ationg Tituh |
Digantikan oleh | Hajiji Noor |
Butiran peribadi | |
Lahir | Stephen Jacob Jimbangan @ Stephen Jimbangan[1] (Tarikh lahir, 26 Ogos) Kepayan, Penampang, Sabah[2] |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Evelyn John Ganjos[3] |
Anak-anak | 3[4] |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dikenali kerana | Dilantik sebagai presiden ke-2 untuk Parti GAGASAN |
Tutup