Parti Gagasan Rakyat Sabah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan Gabungan Rakyat Sabah.
Parti Gagasan Rakyat Sabah, didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (diringkaskan sebagai GAGASAN atau PGRS) atau lebih dikenali dengan singkatannya Gagasan Rakyat, ialah sebuah parti politik tempatan di Sabah, Malaysia[3][4] Parti ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 oleh ahli politik tempatan Sabah iaitu Ationg Tituh[5][6][7] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[8] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera parti pada tahun 2016.[9] Parti ini merupakan komponen utama Gabungan Rakyat Sabah sejak 9 Disember 2022.[10]
Fakta Segera Singkatan, Presiden ...
Parti Gagasan Rakyat Sabah 沙巴民意党 | |
---|---|
Singkatan | GAGASAN / PGRS / Gagasan Rakyat |
Presiden | Hajiji Noor |
Setiausaha agung | Mohd Razali Razi |
Timbalan Presiden | Masidi Manjun |
Naib Presiden | Mohd Ariffin Mohd Arif Rubin Balang Masiung Banah |
Pengasas | Ationg Tituh[1] |
Ditubuhkan | 28 Ogos 2013 |
Disahkan | 28 Ogos 2013 |
Ibu pejabat | Ibu Pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah, Block G, Lor Plaza Permai 2, Alamesra, 88400 Kota Kinabalu, Sabah |
Sayap belia | Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (Organisasi utama pemuda) Skuad GAHMUDA (Organisasi induk) |
Keanggotaan (2023) | 579,940 |
Ideologi | Regionalisme Sabah Demokrasi sosial |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kiri |
Penggabungan kebangsaan | Sebagai anggota gabungan: Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2022) Sebagai blok Borneo: Gabungan Parti Sarawak (sejak 2023) Sebagai rakan gabungan: Kerajaan Perpaduan Anwar (sejak 2023) Parti Cinta Sabah (sejak 2023) Parti Liberal Demokratik (sejak 2023) (sehingga parti ini rasmi diterima dalam GRS pada April 2023) |
Warna | Merah & Biru |
Slogan | Parti ini adalah rumah kita, Rumah kita, Kita yang jaga (This party is our house, our House, we take care of it)[2] |
Dewan Negara: | 2 / 70 |
Dewan Rakyat (di Sabah): | 0 / 25 |
Dewan Undangan Negeri (Sabah): | 26 / 79 |
Ketua Menteri Sabah | 1 / 1 |
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
Parti Gagasan Rakyat Sabah di Facebook | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Tutup