Sony Xperia Z
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sony Xperia Z merupakan telefon pintar skrin sentuh Android berprestasi tinggi[6] yang direkabentuk, dibangunkan dan dipasarkan oleh Sony.
Jenama | Sony |
---|---|
Pengilang | Sony Mobile Communications |
Cogan kata | "Alami yang terbaik oleh Sony dalam satu telefon pintar." |
Rentetan | Sony Xperia |
Rangkaian serasi | GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 HSPA+ 800/850/900/1700/1900/2100 LTE 800/850/900/1500/1800/2100/2600 (Spesifikasi rangkaian berbeza mengikut model) |
Julung diedarkan | 9 Februari 2013; 11 tahun yang lalu (2013-02-09) |
Ketersediaan mengikut rantau | Senarai tarikh
|
Pendahulu | Sony Xperia T & Sony Xperia TX |
Pengganti | Sony Xperia Z1 |
Berkaitan | Sony Xperia ZL Sony Xperia ZR Sony Xperia Z Ultra |
Jenis | Telefon pintar skrin sesentuh |
Penjadi rupa | Kepingan |
Ukuran | 139 mm (5.5 in) H 71 mm (2.8 in) W |
Jisim | 146 g (5.15 oz) |
Sistem pengendalian | Android 4.1.2 Jelly Bean (asal)[1] Android 4.2.2 Jelly Bean [2] (sejak Jun 2013) |
Sistem atas cip | Qualcomm Snapdragon S4 Pro APQ8064 |
CPU | 1.5 GHz empat teras Krait (1.5 GHz Qualcomm APQ8064+MDM9215M Empat Teras)[5] |
GPU | Adreno 320 |
Ingatan | 2 GB RAM[1] |
Storan | 16 GB |
Storan bolehtanggal | microSDHC sehingga 32 GB (rasmi)[6] microSDXC sehingga 64 GB (tidak rasmi)[7] |
Bateri | Li-ion 2330 mAj terbina dalam[8] |
Paparan | TFT 5 in (130 mm) pepenjuru 1920x1080 px (441 ppi) |
Kamera belakang | 13.1 MP dengan denyar LED rakaman video 1080p dengan HDR @ 30 bingkai sesaat, zum digital 16x |
Kamera depan | 2.2 MP[6] (rakaman video 1080p) |
Ketersambungan | Wi-Fi DLNA |
Masukan data | Skrin sesentuh kapasitif berbilang sentuhan, pengesan kehampiran[6] |
Lain | Terdapat dalam warna hitam, ungu dan putih IP55 / IP57 (perlindungan daripada habuk, pancuran air & kalis air)[6] 1seg (varian SO-02E sahaja) Osaifu-Keitai (varian SO-02E sahaja) NOTTV (varian SO-02E sahaja) POBox Touch 5.4 (varian SO-02E sahaja) |
Rujukan | [9] |
Telefon tersebut telah diumumkan oleh Sony semasa CES 2013 dan dilancarkan pada 9 Februari 2013 di Jepun dan 1 Mac 2013 di Singapura dan UK, dan 15 Mac 2013 di Malaysia. Xperia Z asalnya didatangkan dengan sistem pengendalian Android 4.1.2 (Jelly Bean). Telefon pintar ini memperoleh Penarafan Perlindungan Kemasukan IP55 dan IP57, menjadikannya terlindung daripada habuk, pancuran air bertekanan rendah, dan kalis air, yang membolehkannya direndam dalam semeter air sehingga 30 minit, serta menampilkan pengesan kamera Exmor RS 13.1 MP di samping paparan HD penuh (1080p), dirangkumi dalam reka bentuk 'Omni-Balance' Sony.
Bersama-sama telefon pintar ini, Sony turut menampilkan satu varian yang dipanggil Sony Xperia ZL yang menggunakan perkakasan yang sama seperti Xperia Z, tetapi mengorbankan sifat kalis air untuk kerangka yang lebih kecil, butang kamera fizikal serta pemancar inframerah.
Pada Jun 2013 Sony menampilkan satu versi phablet bagi Xperia Z, dipanggil Sony Xperia Z Ultra.
Penggantinya, Sony Xperia Z1, dilancarkan pada 20 September 2013.