![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c5/Soekarno.jpg/640px-Soekarno.jpg&w=640&q=50)
Songkok
From Wikipedia, the free encyclopedia
Songkok (Jawi: سوڠكوقcode: ms is deprecated )[1][2] atau peci ([pé.ci], Jawi: ڤيچيcode: ms is deprecated ;[3] juga diberi nama kopiah di Indonesia) merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu dihasilkan daripada kain kapas, flanel atau baldu.[1] Ia boleh dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu mahupun pakaian sut Barat yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri acara-acara rasmi seperti majlis perkahwinan, upacara keagamaan (terutamanya solat Jumaat) dan sambutan keraian Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Contoh pemakaian songkok dalam
kalangan negarawan rantau Nusantara
kalangan negarawan rantau Nusantara