Hari Raya Aidilfitri
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطرcode: ar is deprecated ; ʿĪd al-Fiṭr; "perayaan buka puasa") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.
Hari Raya Aidilfitri هاري راي عيدالفطري | |
---|---|
Nama rasmi | Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: عيد الفطر ʿĪd al-Fiṭr |
Juga dikenali sebagai | Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki), Eid ul Fitr (Inggeris) |
Diraikan oleh/di | Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim |
Jenis | Perayaan agama |
Kepentingan | Menandakan berakhirnya bulan Ramadan, bulan puasa |
Sambutan | Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, balik kampung |
Upacara | Solat |
Tarikh | 1 Syawal |
Tarikh 2023 | 22 April - 20 Mei |
Tarikh 2024 | 10 April - 10 Mei |
Berkaitan dengan | Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian |
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.