Skala Scoville
From Wikipedia, the free encyclopedia
Skala Scoville ialah ukuran kekuatan atau "kepedasan" rempah cili melalui pendekatan menyukat kepekatan kapsaisin, unit yang diberikan adalah menggunakan unit haba Scoville (Scoville heat unit, SHU).[1] Skala ini dinamakan sempena penciptanya Wilbur Scoville, seorang pakar farmasi Amerika Syarikat yang mengembangkan ujian berkesan beliau pada tahun 1912 yang dikenali sebagai Ujian Organoleptik Scoville.[2] Tidak seperti kaedah berdasarkan kromatografi cecair berprestasi tinggi, skala Scoville adalah satu ukuran empirikal bergantung kepada kepekaan atau kesensitifan penguji kapsaisin merasakan tahap pedas rempah diuji; maka ia bukanlah satu kaedah jitu atau tepat untuk mengukur kepekatan kapsaisinoid.