From Wikipedia, the free encyclopedia
Houston [ˈhjuːstən, hiu-stĕn] ialah bandar raya keempat terbesar di Amerika Syarikat dan bandar raya terbesar di negeri Texas. Mengikut anggaran Bancian Amerika Syarikat pada tahun 2008, bandar raya ini diduduki oleh 2.2 juta orang dalam kawasan seluas 600 batu persegi (1,600 kilometer persegi). Houston ialah pusat pentadbiran Harris County dan pusat ekonomi kawasan metropolitan Houston–Sugar Land–Baytown, iaitu kawasan metropolitan keenam terbesar di A.S. dengan lebih 5.7 juta penduduk.
City of Houston Bandar Houston | |
---|---|
Nama panggilan: Space City | |
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Texas |
Kaunti | Harris Fort Bend Montgomery |
Diperbadankan | 5 Jun 1837 |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Bill White |
Keluasan | |
• Bandar | 601.7 batu persegi (1,558 km2) |
• Tanah | 579.4 batu persegi (1,501 km2) |
• Air | 22.3 batu persegi (57.7 km2) |
Aras | 43 ft (13 m) |
Penduduk | |
• Bandar | 2,242,193 |
• Kepadatan | 3,828/batu persegi (1,471/km2) |
• Bandar | 3,822,509 |
• Metro | 5,728,143 |
• Demonim | Orang Houston |
(ke-4 di A.S., ke-6 A.S.) | |
Zon waktu | UTC-6 (CST) |
• Musim panas (DST) | UTC-5 (CDT) |
Kod kawasan | 713, 281, 832 |
Kod FIPS | 48-35000GR2 |
GNIS feature ID | 1380948GR3 |
Laman sesawang | houstontx.gov |
Houston diasaskan pada 30 Ogos 1836 oleh adik-beradik Augustus Chapman Allen dan John Kirby Allen di atas sebidang tanah berhampiran tebing Buffalo Bayou.[3] Bandar raya ini diperbadankan pada 5 Jun 1837, dan dinamakan sempena Presiden Republik Texas ketika itu, iaitu bekas Jeneral Sam Houston yang pernah melibatkan diri sebagai komander dalam Pertempuran San Jacinto, yang berlangsung 25 batu (40 kilometer) di timur tapak bandar raya ini. Industri pelabuhan dan kereta api yang berkembang bersama penemuan minyak pada tahun 1901 telah meningkatkan bilangan penduduknya tanpa henti. Pada pertengahan abad ke-20, Houston menempatkan Pusat Perubatan Texas, iaitu kawasan penumpuan institusi penjagaan kesihatan dan penyelidikan yang terbesar di dunia, dan Pusat Angkasa Lyndon B. Johnson binaan NASA di mana terletaknya Pusat Kawalan Misi.
Dengan taraf bandaraya global beta,[4] ekonomi Houston bertapak kukuh dalam sektor-sektor tenaga, perkilangan, aeronautik, pengangkutan, dan kesihatan di samping menjadi pusat utama pembinaan kelengkapan lapangan minyak; hanya Bandaraya New York yang lebih menempatkan ibu pejabat syarikat Fortune 500 dalam lingkungan batas sempadan kotanya.[5] Port of Houston merupakan pelabuhan yang paling banyak tanan bawaan air antarabangsa dan kedua terbanyak tanan kargo yang diuruskan di Amerika Syarikat.[6] Para penduduknya berbilang keturunan dan agamanya di samping komuniti antarabangsa yang semakin berkembang. Bandaraya ini menempatkan banyak institusi dan pameran kebudayaan yang menarik lebih 7 juta pengunjung setahun ke Houston Museum District. Houston juga berbangga dengan persada seni visual dan persembahan yang kaya di Theater District, tidak lupa juga merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil bandaraya A.S. yang menawarkan syarikat setempat yang beroperasi sepanjang tahun untuk semua seni persembahan utama.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.