![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/49/Barthonlincyst2011.png/640px-Barthonlincyst2011.png&w=640&q=50)
Sista Bartholin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sista Bartholin ialah benjolan lembut bukan kanser di bahagian tepi lubang faraj. [1] Ia terjadi apabila kelenjar Bartholin, didalam labia, tersumbat. [1] Walaupun sista kecil hanya menyebabkan simptom kecil, sista yang besar boleh menyebabkan bengkak pada bahagian tepi faraj, yang boleh menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan seks atau berjalan. [5] Jika ia dijangkiti, nanah boleh berlaku, yang biasanya merah dan sangat menyakitkan. [2]
Sista Bartholin | |
---|---|
Nama lain | Sista saluran Bartholin[1] |
![]() | |
Sista Bartholin pada sebelah kanan | |
Pengkhususan | Ginekologi |
Gejala | Bengkak pada sebelah faraj, biasanya tidak menyakitkan. Kadangkala tiada gejala[1] |
Kerumitan | Nanah[2] |
Permulaan biasa | Umur mengandung[2] |
Punca | Tidak diketahui[1] |
Melalui rupa bentuk[1] | |
Sista Sebaceous, hernia, hidradenitis suppurativa, follikulitis, kanser vulva[3][4] | |
Rawatan | Penempatan kateter Word, hirisan dan saliran, marsupialisasi, mandi duduk[3][5] |
Kekerapan | Kerap, 2% wanita[2] |
sunting![]() |
Punca sista Bartholin tidak diketahui. [5] Nanah berpunca daripada jangkitan bakteria, tetapi kebiasaanya ia bukan disebabkan jangkitan seksual (STI). [6] Pada kes yang jarang berlaku, gonorea mungkin terlibat. [5] [4] Diagnosis biasanya berdasarkan simptom yang dihadapi semasa pemeriksaan fizikal dijalankan. [5] Pada wanita yang berumur lebih dari 40 tahun, biopsi tisu adalah disyorkan untuk menolak kemungkinan kanser . [3] [5]
Sekiranya tiada gejala, tiada rawatan diperlukan. [2] [5] Walaupun begitu, apabila sista menjadi tidak selesa atau menyakitkan, saliran adalah disyorkan. [2] Kaedah yang kerap digunakana adalah dengan memasukan kateter Word selama empat minggu. [2] [3] Prosedur pembedahan yang dikenali sebagai marsupialisasi boleh digunakan atau, jika masalah berterusan, keseluruhan kelenjar boleh dikeluarkan. [2] Pembuangan adalah disyorkan bagi wanita berumur lebih dari 40 tahun untuk memastikan kanser tidak terjadi. [2] Antibiotik biasanya tidak diperlukan untuk merawat sista Bartholin. [2]
Sista Bartholin menjejaskan kira-kira 2% wanita pada hayat mereka. [2] Ia kerap berlaku semasa wanita dalam umur yang mampu untuk melahirkan anak. [2] Sista ini dinamakan sempena Caspar Bartholin yang menggambarkan kelenjar ini dengan tepat pada tahun 1677. [7] Mekanisme asas sista ditentukan pada tahun 1967 oleh pakar obstetrik abad ke-20 Samuel Buford Word. [8] [7] [9]