Hernia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hernia (disebut [hér.ni.a], Ubt.[6]), burut[7] (Jawi: بوروتcode: ms is deprecated ) atau angin pasang merupakan penjuluran keluar tidak normal tisu atau organ seperti usus menebusi dinding rongga daripada kedudukan biasanya.[1] Hernia terdapat dalam beberapa jenis.[8] Selalunya ia melibatkan perut, khususnya di kawasan kelangkang (groin).[8] Hernia kelangkang ialah hernia yang paling biasa ditemui antara jenis inguinal tetapi mungkin juga merupakan jenis femoral.[1] Jenis-jenis lain hernia juga termasuk jenis hiatus, jenis insisi, dan jenis umbilik.[8] Terdapat pelbagai gejala wujud pada kira-kira 66% penghidap hernia kelangkang, yang termasuknya kesakitan atau ketidakselesaan, terutamanya semasa batuk, bersenam atau pergi ke bilik mandi.[1] Selalunya, ia menjadi lebih teruk sepanjang hari dan bertambah baik apabila berbaring.[1] Kawasan yang membonjol mungkin kelihatan menjadi lebih besar sewaktu meneran.[1] Hernia kelangkang berlaku lebih kerap di sebelah kanan berbanding sebelah kiri.[1] Kebimbangan utama berkenaan hernia ialah pencekikan yakni penyumbatan bekalan darah ke bahagian usus, yang biasanya menyebabkan kesakitan dan kenyerian yang teruk di kawasan tersebut.[1] Hernia hiatus sering mengakibatkan pedih ulu hati tetapi juga boleh menyebabkan sakit dada atau sakit semasa makan. [3]
Hernia | |
---|---|
Nama lain | burut, angin pasang |
![]() | |
Gambar rajah hernia inguinal tak langsung (pandangan sisi) | |
Pengkhususan | Pembedahan umum |
Gejala | Kesakitan terutamanya sewaktu batuk, ada kawasan membonjol[1] |
Kerumitan | Pencekikan usus[1] |
Permulaan biasa | < 1 tahun dan > 50 tahun (hernia kelangkang)[2] |
Merokok, penyakit peparu obstruktif kronik, obesiti, kehamilan, dialisis peritoneum, penyakit vaskular kolagen[1][2][3] | |
Berdasarkan gejala, pengimejan perubatan[1] | |
Rawatan | Pemerhatian, pembedahan[1] |
Kekerapan | 18.5 juta (2015)[4] |
Kematian | 59,800 (2015)[5] |
sunting![]() |
Antara faktor-faktor risiko untuk perkembangan hernia termasuk: merokok, penyakit peparu obstruktif kronik, obesiti, kehamilan, dialisis peritoneal, penyakit vaskular kolagen dan pernah ada apendektomi terbuka.[1][2][3] Sebahagian hernia berpunca dari faktor genetik dan lebih kerap berlaku dalam kalangan keluarga tertentu.[1] Tidak jelas sama ada hernia kelangkang boleh dikaitkan dengan aktiviti mengangkat berat.[1] Hernia selalunya boleh didiagnosis berdasarkan tanda dan gejala.[1] Kadangkala, pengimejan perubatan digunakan untuk mengesahkan diagnosis atau menolak kemungkinan punca lain.[1] Diagnosis hernia hiatus selalunya melalui endoskopi.[3]
Hernia kelangkang yang tidak menyebabkan gejala pada lelaki tidak perlu dibaikan.[1] Walau bagaimanapun, pembaikan biasanya disyorkan kepada wanita kerana kadar hernia femur yang lebih tinggi komplikasinya.[1] Jika pencekikan berlaku, pembedahan segera diperlukan.[1] Pembaikan boleh dilakukan dengan pembedahan terbuka atau pembedahan laparoskopi.[1] Pembedahan terbuka mempunyai faedah yang mungkin boleh dilakukan hanya dengan pembiusan setempat berbanding pembiusan umum.[1] Pembedahan laparoskopi secara amnya menyebabkan kurang kesakitan selepas prosedur.[1] Hernia hiatus boleh dirawat dengan perubahan gaya hidup seperti meninggi kepala katil, menurun berat badan dan mengubah tabiat makan.[3] Ubat-ubatan penghalang H2 atau perencat pam proton boleh membantu.[3] Jika simptom tidak bertambah baik dengan ubat-ubatan, pembedahan melalui fundoplikasi Nissen berlaparoskopi mungkin menjadi pilihan.[3]
Sebanyak 27% dari golongan lelaki dan 3% dari golongan perempuan mengalami hernia kelangkang pada suatu ketika dalam kehidupan mereka.[1] Hernia inguinal, hernia femur dan hernia abdomen wujud di kalangan 18.5 juta orang dan menyebabkan 59,800 kematian pada tahun 2015.[4][5] Hernia kelangkang berlaku biasanya sebelum umur 1 tahun dan selepas umur 50 tahun.[2] Sekerap mana hernia hiatus berlaku tidak dapat diketahui, dengan anggaran sebanyak 10% sehingga 80% di benua Amerika Utara.[3] Huraian yang pertama diketahui tentang hernia boleh melangkaui sekurang-kurangnya pada 1550 sebelum masihi, pada manuskrip papirus Ebers dari Mesir Purba.[9]