Pelakon veteran wanita Singapura-Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ramlah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Siput Sarawak (1921 – 3 Jun 1999)[1] merupakan seorang seniwati filem Melayu.[2]
Siput Sarawak | |
---|---|
Kelahiran | Ramlah binti Mohamad 1921 |
Meninggal dunia | 3 Jun 1999 (berumur 77–78) |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi Lim Chu Kang, Jalan Bahar, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, penulis |
Tahun aktif | 1947–1999 |
Pasangan |
|
Anak-anak | Murni Sarawak & Anita Sarawak + 15 anak angkat |
Bapa | Dollah Sarawak |
Beliau berlakon kali pertama dalam filem arahan B.S. Rajhans, Filem Cinta bersama S. Roomai Noor pada 1948. Filem Cinta memberi makna kerana selepas itu beliau dan S. Roomai Noor berkahwin, lalu dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak.
Mengimbas sejarah awalnya, Siput mula berlakon bangsawan Siput Kuyung bersama bapanya Dollah Sarawak (nama sebenar Mohamad Sulaiman) sejak berusia 11 tahun. Dollah Sarawak adalah nama besar dalam dunia bangsawan yang kemudian menjadi pelakon filem.
Beliau merupakan seorang yang buta huruf tetapi mampu menghafal semua skripnya yang dibacakan oleh orang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, Siput menjadi penyanyi kabaret di Singapura sebelum berpeluang berlakon dalam filem pertamanya berjudul Singapura Waktu Malam.
Sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon lebih kurang 50 filem terbitan Malay Film Productions, Cathay-Keris dan juga Studio Merdeka. Antara lakonan beliau yang paling menonjol ialah Hujan Panas, Muda Mudi, Rachun Dunia, Korban Fitnah, Patung Chendana, Hujan Gerimis, Naga Tasik Chini, Jiran Sekampung'' dan Mangsa. Beliau juga pernah berlakon di bawah terbitan Merdeka Studio, Kuala Lumpur untuk Filem Keluarga 69 bersama P. Ramlee. Filem Hujan Panas adalah antara filem yang paling digemarinya. Keberkesanan lakonannya dalam filem itu membuatkan beliau terus mendapat peluang berlakon watak jahat.
Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, selain daripada Seniman Salleh Kamil, Siput adalah pelakon yang dibenci kerana keberkesanan watak jahatnya. Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara bersama Azean Irdawaty dan juga seniman dan seniwati seangkatannya seperti Aziz Sattar, Mahmud Jun, Salmah Ibrahim dan Aziz Jaafar arahan pengarah berkaliber, Shuhaimi Baba pada tahun 1997.
Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama Ismail Kassim pada tahun 1945. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang dinamakan Murni atau lebih dikenali sebagai Murni Sarawak. Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila berpisah pada tahun 1948.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 1999 pada usia 78 tahun di blok 9 Kempas Road, Singapura dan jenazah beliau selamat disemadikan di Pusara Abadi di kawasan Lim Chu Kang, Singapura. Pada masa itu juga, beliau berjiran dengan seniwati Hashimah Yon.[3]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1947 | Singapura di Waktu Malam | Filem pertama | |
1948 | Chinta | Chinta | |
1949 | Nasib | ||
Nilam | Puteri Nilam @ Dilara | ||
1950 | Pembalasan | ||
Rachun Dunia | Aishah | ||
Bakti | Edah | ||
1951 | Berdosa | Salmah | |
1953 | Hujan Panas | Aminah | |
Sengsara | |||
Mangsa | |||
1955 | Menyerah | ||
Insan | |||
1956 | Pencuri | Jamilah | |
1959 | Korban Fitnah | Munah | |
Raden Mas | Mas Ayu | ||
1960 | Noor Islam | Melor | |
Hantu Rimau | |||
1961 | Hang Jebat | Isteri Hang Tuah | |
Yatim Mustapha | Permaisuri Tengah | ||
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang | Tun Tijah | ||
Siti Zubaidah | |||
Lela Satria | |||
1962 | Dang Anom | ||
Korban Kasih | Zainab | ||
Mata Syaitan | Juga sebagai penulis | ||
1963 | Bunga Tanjung | ||
1964 | Pontianak Gua Musang | Rafeah | |
Wan Perkasa | |||
1965 | Jiran Sekampung | ||
Patung Cendana | |||
Ikan Emas | Ibu Kiambang | ||
Muda Mudi | Dayang | ||
1966 | Naga Tasik Chini | ||
1967 | Keluarga 69 | Siti Mariam | |
Under The Stars of Singapore | Makcik | Filem Jepun; penampilan khas | |
1968 | Pop Muda | ||
1975 | Pontianak | ||
1997 | Layar Lara | Ibu seniwati Zai dalam filem | Filem terakhir, pelakon undangan |
Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1947-50 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Rachun Dunia | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
1953-54 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Hujan Panas | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
1955 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Menyerah | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
1956 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Pencuri | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
1959 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Korban Fitnah | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
1961 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Yatim Mustapha | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
1962 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Korban Kaseh | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
1964 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Wan Perkasa | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang |
1965 | Pesta Filem Malaya/Singapura | Muda Mudi | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
1991 | Festival Filem Malaysia ke-9 | Dirinya sendiri | Khas Juri - Anugerah Artis Veteran | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.