![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b4/Sertraline.svg/langms-640px-Sertraline.svg.png&w=640&q=50)
Sertralin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sertralin, yang dijual di bawah jenama seperti Zoloft, merupakan ubat antimurung kelas perencat penyerapan semula serotonin terpilih (SSRI).[10] Ia digunakan untuk merawat kecelaruan kemurungan major, kecelaruan obsesif-kompulsif, kecelaruan panik, kecelaruan tekanan pascatrauma, penyakit senggugut teruk dan kecelaruan keresahan sosial.[10] Sertralin diberikan secara oral, iaitu melalui mulut.[10]
![]() | |
![]() | |
Data klinikal | |
---|---|
Sebutan | /ˈsərtrəˌliːn/ |
Nama dagang | Zoloft dan lain-lain[1] |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
MedlinePlus | a697048 |
Data lesen | |
Kategori kehamilan |
|
Liabiliti ketagihan | Tiada[3] |
Kaedah pemberian | Mulut (tablet dan larutan) |
Kelas ubat | Perencat serapan semula serotonin terpilih |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | 44% |
Pengikatan protein | 98.5% |
Metabolisme | Hati (penyahmetilan N, kebanyakannya oleh CYP2B6)[4] |
Metabolit | Norsertralin |
Penyingkiran separuh hayat | ~23–26 jam (66 jam [metabolit kurang aktif[5], norsertralin])[6][7][8][9] |
Perkumuhan | Buah pinggang |
Pengecam | |
| |
CompTox Dashboard (EPA) | |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C17H17Cl2N |
Jisim molar | 306.23 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
| |
| |
(verify) |
Kesan sampingan yang biasa termasuk cirit-birit, disfungsi seksual dan masalah tidur.[10] Kesan sampingan yang serius antaranya ialah peningkatan risiko bunuh diri pada golongan yang di bawah umur 25 tahun dan sindrom serotonin.[10] Keselamatan menggunanya semasa mengandung atau menyusu adalah tidak jelas.[11] Ia tidak boleh digunakan bersama dengan ubat perencat monoamina oksidase.[10] Sertralin dipercayai berfungsi dengan meningkatkan kesan serotonin dalam otak.[10]
Sertralin telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1991 dan pada mulanya dijual oleh Pfizer.[10] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai alternatif kepada fluoksetin.[12] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[10] Di Amerika Syarikat, kos borong adalah kira-kira AS$1.50 sebulan pada tahun 2018.[13] Pada tahun 2016, ia merupakan ubat psikiatri yang paling biasa dipreskripsikan di Amerika Syarikat,[14] dengan lebih daripada 37 juta preskripsi.[15] Pada tahun 2017, ia ubat ke-14 yang paling kerap dipreskripsikan di Amerika Syarikat dengan lebih daripada 38 juta preskripsi.[16][15]