From Wikipedia, the free encyclopedia
Sepana atau perengkuh adalah alat digunakan mencengkam dan menerapkan tork untuk memusingkan objek - biasanya pengikat berputar, seperti nat dan baut - atau mencegahnya berpusing.
Kata sepana meminjam dari bahasa Inggeris: spanner menyerap bahasa Jerman yang mula digunakan pada tahun 1630-an merujuk kepada alat mengetat pegas dalam kancing roda senjata api; ia turunan spannen "menghubung" dari Proto-Jermanik *spannan dari PIE root *(s)pen- ("menarik, meregangkan, memusing").[1] Alat ini telah diperhatikan oleh sejarawan sejak abad ke-15 untuk tujuan memasangkan kelengkapan tertentu seperti pembetung dan baju besi.[2]
Gambar | Nama | Keterangan |
---|---|---|
sepana terbuka | berhujung U yang mampu memuatkan bolt atau nat tertentu; hujung ini bersudut 15 darjah lari dari paksi alat membolehkan penarikan dari ruang masuk yang terbatas[3] | |
sepana kotak | berhujung cincin dengan bukaan segi empat ("kotak") atau heksagon memudahkan pengetatan nat[4] | |
sepana soket | sama seperti sepana kotak atau cincin tetapi dipasangkan dengan batang engkol (ratchet ) yang berasingan untuk memudahkan pengetatan atau pelonggaran[3] | |
sepana cangkuk | berhujung cangkuk bercuping memudahkan pemuatan kepada nat gelang yang berlekuk[5] | |
sepana boleh laras atau sepana hidup | kepala boleh disuaikan menggunakan pengetat laras di bawah mata alat. Spanar jenis ini kurang disyorkan untuk melonggarkan nat kerana mudah menyebabkan bucu nat menjadi haus[3] | |
sepana/perengkuh paip | badan keras dan agak berat serta bergerigi di hujung kepala memudahkan pencengkaman pada paip dan pasangan keluli. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.