Senarai episod BoBoiBoy Galaxy
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
BoBoiBoy Galaxy ialah sebuah siri animasi sekuel yang diterbitkan oleh Animonsta Studios yang mengisahkan pengembaraan seorang adiwira Bumi, BoBoiBoy, dalam misinya untuk menyelamatkan robot berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Power-Power Sphera dan pada masa yang sama mempertahankan galaksi.
Siri BoBoiBoy Galaxy turut diterbitkan dalam format gambar HDTV, dan musim pertamanya disiarkan di TV3 dari 25 November 2016 hingga 11 Julai 2018, dan Disney Channel Asia mulai 26 Jun 2017. Slogan kata pilihan siri ini iaitu "terbaik" masih digunakan dalam hampir setiap episod dalam musim pertama.
Pada Disember 2023, BoBoiBoy Galaxy kembali untuk musim ke-2.[1][2][3]