From Wikipedia, the free encyclopedia
Samoa (dahulu bernama Samoa Jerman dari 1900-1914, Samoa Barat sehingga 1997) ialah sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik bahagian selatan yang terdiri dari 2 pulau utama dan 7 pulau kecil. Samoa terletak di sekitar separuh jarak perjalanan dari New Zealand ke Hawaii.
Negara Merdeka Samoa | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Faʻavae i le Atua Sāmoa" "Samoa diasaskan berdasarkan Tuhan" | |||||
Lagu kebangsaan: O le fuʻa o le saʻolotoga o Samoa "Panji Kebebasan" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Apia 13°50′S 171°45′W | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Kumpulan etnik (2001) |
| ||||
Agama | Kristian (rasmi)[2] | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen parti dominan unitari | ||||
• O le Ao o le Malo | Va'aletoa Sualauvi IIa | ||||
Naomi Mataʻafa | |||||
• Speaker | Toleafoa Faafisi | ||||
Badan perundangan | Dewan Undangan | ||||
Kemerdekaan daripada New Zealand | |||||
• Perjanjian Berlin | 14 Jun 1889 | ||||
• Konvensyen Tripartite | 16 Februari 1900 | ||||
• Samoa Jerman | 1 Mac 1900 | ||||
• Penjajahan New Zealand | 30 Ogos 1914 | ||||
• Mandat Liga | 17 Disember 1920 | ||||
• Peramanahan PBB | 13 Disember 1946 | ||||
• Akta Samoa Barat 1961 | 1 Januari 1962 | ||||
• Kemasukan ke PBB | 15 Disember 1976 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 2,842 km2 (1,097 bt2) (ke-167) | ||||
0.3 | |||||
Populasi | |||||
• Bancian Penduduk November 2016 | 195,843[3] | ||||
68/km2 (176.1/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $1.188 bilion[4] | ||||
$5,962[4] | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $881 juta[4] | ||||
$4,420[4] | |||||
HDI (2018) | ▲ 0.707[5] tinggi · 111th | ||||
Mata wang | Tālā (WS$b) ( WST ) | ||||
Zon waktu | UTC+13 (WST) | ||||
UTC+14 (WST) | |||||
Format tarikh | DD/MM/YYYY | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +685 | ||||
Kod ISO 3166 | WS | ||||
DPT internet | .ws | ||||
|
Samoa merdeka secara rasmi daripada New Zealand pada 1 Januari 1962 melalui Akta Samoa Barat 1961, menjadikan Samoa sebagai negara pulau Pasifik pertama yang merdeka.[6]
Pada 4 Julai 1997, pihak kerajaan telah menukar nama negara kepada Samoa melalui pindaan perlembagaan negara.[7] Pada November 1998, Tuilaepa Aiono Sailele Malielegaoi dari Parti Perlindungan Hak Asasi Manusia (HRPP) berjaya memenangi pilihan raya pada masa itu dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Beliau mempertahankan kemenangannya pada pilihan-pilihan raya seterusnya dan kekal menjadi Perdana Menteri hingga kini.
Pada 7 September 2009, Samoa menukar bahagian memandu ke arah kiri seperti kebanyakan negara Komanwel.[8] Pada Disember 2011, Samoa melangkau satu hari (30 Disember) disebabkan oleh pertukaran zon waktu ke arat barat Garisan Tarikh Antarabangsa untuk memudahkan urusan perniagaan dengan pihak Australia dan New Zealand.[9][10] Pada Jun 2017, satu pemindaan perlembagaan negara telah dibuat lalu mengiktiraf agama Kristian sebagai agama rasmi.[2] Pada Julai 2017, Va'aletoa Sualauvi menjadi ketua negara sebagai pengganti kepada Tui Ātua Tupua Tamasese Efi.[11]
Samoa terletak lebih kurang di antara New Zealand dan Hawai'i. Secara umumnya, Samoa berkeluasan 2,842 km2,[12] dan terdiri daripada dua buah pulau besar, Upolu yang menempatkan ibu negara Apia, dan Savai'i serta beberapa buah pulau kecil. Kepulauan Samoa terhasil melalui aktiviti gunung berapi.[13] Iklim Samoa ialah iklim Khatulistiwa dengan suhu purata tahunan mencecah 26.5 °C denga musim tengkujuh dari November hingga April.[14]
Perlembagaan versi terawal pada 1960 yang diguna pakai selepas kemerdekaan Samoa merangka sistem politik negara berdasarkan sistem berparlimen British dengan unsur pemerintahan adat masyarakat Samoa.[15]
Samoa dibahagikan kepada 11 daerah atau itūmālō yang berdasarkan wilayah pentadbiran tradisional yang telah wujud sebelum zaman penjajahan. Daerah-daerah tersebut adalah seperti di bawah:
|
|
Samoa secara rasminya diiktiraf sebagai negara membangun.[16] Mata wang negara ialah tālā dan dikawal oleh Bank Pusat Samoa. Setakat 2018, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Samoa ialah $881 juta (nominal) dan $1.188 bilion (pariti kuasa beli).[4] 66% daripada KDNK negara disumbang oleh sektor perkhidmatan, sektor industri menyumbang kepada 23.6% KDNK dan selebihnya disumbang oleh sektor pertanian.
Bancian pada 2016 menetapkan jumlah penduduk Samoa kepada 194,320 orang. Tiga per empat daripada penduduk Samoa tinggal di pulau Upolu.[15]
Bahasa-bahasa rasmi Samoa ialah bahasa Samoa dan bahasa Inggeris. Sekiranya penutur bahasa kedua disertakan, bahasa Samoa ialah bahasa majoriti masyarakat negara.
Perlembagaan negara secara rasminya mengiktiraf Samoa sebagai negara Kristian.[2] Menurut perangkaan pada 2011, hampir semua penduduk Samoa (kira-kira 99% penduduk) adalah beragama Kristian.[1]
Fa'a Samoa atau "gaya Samoa" telah menjadi tunjang kebudayaan dan politik Samoa sejak kira-kira 3,000 tahun lalu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.