From Wikipedia, the free encyclopedia
Saiga (Saiga tatarica) ialah antelop yang asalnya mendiami kawasan zon steppe Eurasia dari kaki bukit Karpatos dan Kaukasus hingga Dzungaria dan Mongolia. Saiga juga hidup di Amerika Utara semasa Pleistosen. Hari ini saiga hanya ditemui di beberapa kawasan di Kalmykia (Rusia), Kazakhstan, dan barat Mongolia.
Saiga | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | Antilopinae |
Genus: | Saiga |
Spesies: | S. tatarica |
Nama binomial | |
Saiga tatarica (Linnaeus, 1766) | |
Saiga dikenali kerana rupa muncung ia yang mengembang labuh dan rapat; corak gelap di muncung dan pipi serta telinga yang panjang.[2] Muncung panjang ini berperanan menapis udara berhabuk yang sering berlaku dalam persekitaran pada waktu musim panas serta membantu menyejukkan badan saiga.
Ekor ia berukuran sekitar 6–12 cm (2 1⁄2–4 1⁄2 in).[3]
Induk-induk saiga sering berkumpul dalam kawanan besar untuk melahirkan anak.[4] Anak yang sering dilahirkan induk-induk ini datang secara kembar dua mahupun bertiga.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.