![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/47/Orion_Head_to_Toe.jpg/640px-Orion_Head_to_Toe.jpg&w=640&q=50)
Sah (dewa)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sah (sꜣḥ) ialah seorang dewa dalam agama Mesir Purba, mewakili bintang-bintang dalam buruj Belantik dan Arnab,[1] serta bintang yang terdapat dalam beberapa buruj moden yang berdekatannya.[2][3]
Fakta Segera Nama dalam hieroglif, Symbol ...
Tutup
Isterinya ialah Sopdet, juga dikenali dengan nama Yunani kuno sebagai Sothis,[4] dewi bintang Sirius. Sah mula dikaitkan dengan dewa yang lebih penting, Osiris, dan Sopdet dengan isteri Osiris, Isis.[5]
Sah sering digelar "Bapa Para Dewa" dalam Teks Piramid Kerajaan Lama. Firaun dipercayai akan pergi ke Belantik selepas mangkat.[5]