![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4e/Hieroglyph_Text_from_Teti_I_pyramid.jpg/640px-Hieroglyph_Text_from_Teti_I_pyramid.jpg&w=640&q=50)
Teks Piramid
From Wikipedia, the free encyclopedia
Teks Piramid (Jawi: تيکس ڤيراميد), merupakan himpunan teks keagamaan Mesir purba, yang ditarikhkan berasal dari zaman Kerajaan Lama Mesir.[1][2] Ia ditulis dalam bahasa Mesir Lama dan prasasti ini diukir pada dinding bilik bawah tanah dan pada keranda batu dalam piramid-piramid di Saqqara dari hujung Wangsa Kelima Mesir dan seluruh Wangsa Keenam Kerajaan Lama, hingga ke Wangsa Kelapan dalam Zaman Pertengahan Pertama Mesir.[3][4]
![A photograph taken inside the substructure of Teti I's pyramid, showing long lines of hieroglyphic text that cover the entire wall and gable of the room.](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4e/Hieroglyph_Text_from_Teti_I_pyramid.jpg/640px-Hieroglyph_Text_from_Teti_I_pyramid.jpg)
Teks yang terlama berasal dari sekitar 2400–2300 SM.[2] Berbanding Prasasti Larung dan Kitab Orang Mati, teks piramid hanya dibuat untuk firaun dan tidak bergambar.[5] Prasasti ini adalah teks kedua tertua selepas Batu Palermo yang ada menyebut Osiris, dewa alam baqa terpenting dalam agama Mesir Purba.[6]
Penggunaan dan penghasil teks piramid berubah-ubah mengikut Kerajaan Mesir Purba Lama, Pertengahan dan Baharu. Dalam Kerajaan Lama (2886 SM – 2181 SM), teks piramid hanya dijumpai dalam piramid firaun lelaki dan tiga firaun perempuan bernama Wedjebten, Neith, and Iput. Dalam Kerajaan Pertengahan (2055 SM – 1650 SM), teks piramid tidak ditulis di piramid firaun, tetapi mantera ahram masih lagi digunakan. Dalam Kerajaan Baharu (1550 SM – 1070 SM ), teks piramid hanya ada dalam makam pegawai sahaja.[7]