From Wikipedia, the free encyclopedia
Sabbaruddin bin Chik (lahir di Temerloh, Pahang, 13 Disember 1941 – meninggal di Kuala Lumpur, 4 Disember 2021 pada umur 79 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1999. Beliau juga ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad yang dilantik pada 2016 menggantikan Reezal Merican Naina Merican.[1]
Sabbaruddin Chik | |
---|---|
Pengerusi Amanah Raya Berhad | |
Dalam jawatan 2016–2018 | |
Didahului oleh | Reezal Merican Naina Merican |
Digantikan oleh | Datuk Mohd Nasir Ali |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Temerloh | |
Dalam jawatan 1982–1999 | |
Didahului oleh | Hamzah Abu Samah |
Digantikan oleh | Mohd Sarit Yusoh |
Menteri Kerajaan Malaysia | |
Dalam jawatan 1987–1999 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Portfolio | Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1990-1999) Menteri Kebudayaan dan Pelancongan (1987-1990) |
Didahului oleh | Mokhtar Hashim |
Digantikan oleh | Abdul Kadir Sheikh Fadzir |
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 1982–1987 Berkhidmat dengan Ling Liong Sik (1982-1984), Tan Tiong Hong (1984-1986), Oo Gin Sun (1986), Ng Cheng Kiat (1986), Loke Yuen Yow (1986-1987) | |
Didahului oleh | Mak Hon Kam Najib Razak |
Digantikan oleh | Mohd Farid Ariffin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sabbaruddin bin Chik 13 Disember 1941 Temerloh, Pahang, Tanah Melayu British (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 4 Disember 2021 79) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur | (umur
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Puan Sri Faridah Mohamed (m. 2017) |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya (1966). Kemudian, beliau mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Institute of Social Studies, Belanda pada 1974.
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Panel Rayuan UMNO.[2]
Sabbaruddin Chik meninggal dunia pada 4 Disember 2021 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah seminggu dimasukkan ke dalam wad kerana disahkan positif COVID-19.[3][4] Beliau telah selamat disemadikan pada pukul 11.40 pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[5][6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.