From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin (lahir 10 Oktober 1979) merupakan usahawan terkenal di Malaysia. Beliau adalah Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, salah sebuah konglomerat Bumiputera milik persendirian terbesar di Malaysia. Beliau juga adalah seorang pelabur mangkin untuk salah satu daripada syarikat beliau, Puncak Geliga Capital Sdn. Bhd. Selain itu, beliau juga adalah ahli kepada Kuala Lumpur Business Club (KLBC).
SM Faisal SM Nasimuddin DCSM DSDK | |
---|---|
Kelahiran | SM Faisal bin SM Nasimuddin 10 Oktober 1979 |
Pekerjaan | Ahli perniagaan, usahawan, pelabur mangkin, Pengerusi Bersama Kumpulan Naza. |
Anak-anak | SM Fawwaz Amin SM Faiz Nasimuddin SM Farhan Kamal |
Ibu bapa | Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin (bapa) Puan Sri Zaleha Ismail (ibu) |
Pada 17 Januari 2010, beliau telah dianugerahkan gelaran ''Dato'" iaitu Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) daripada Sultan Kedah. Anugerah tersebut adalah sempena dari hari keputeraan ke-82 Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Anak Bukit, Kedah. SM Faisal telah menujukan anugerah tersebut kepada allahyarham bapanya iaitu Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan keseluruhan kakitangan Kumpulan NAZA.[1] Manakala, pada 23 Januari 2011, beliau telah memperolehi Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran "Datuk Wira" daripada Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob. Pada tahun 2016, beliau telah dianugerahkan Grande Ufficiale dell’Ordine della Stella d’Italia (OSI) dari Itali, iaitu anugerah OSI kedua tertinggi yang jarang sekali diberikan kepada bukan warganegara Itali dan juga anugerah paling tinggi yang diberikan kepada individu yang menerima anugerah Itali buat pertama kali. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Duta Itali ke Malaysia, Mario Sammartino. Beliau juga dikenali dengan kes melibatkan keganasan rumah tangga yang melibatkan isteri beliau.
Dilahirkan pada 10 Oktober 1979 dan merupakan anak sulung daripada lima beradik. Mendapat pendidikan di Kolej Marymount pada tahun 1997 hingga 2000. Beliau kemudian meneruskan pelajarannya di Richmond, The American International University in London pada tahun 2000 hingga 2003. Di samping itu beliau turut mengikuti program Owner/President Management (OPM) di Harvard Business School pada tahun 2010.
Antara anugerah lain yang turut diperolehi oleh beliau adalah
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.