Rubens Barrichello
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rubens Gonçalves Barrichello (lahir 23 Mei 1972 di São Paulo) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Brazil, yang paling dikenali untuk bersaing dalam Formula Satu antara tahun 1993 dan 2011.[1] Selepas gagal mengekalkan kerusi perlumbaannya di pasukan Williams F1, beliau bertanding dalam kejuaraan IndyCar bersama KV Racing Technology pada tahun 2012.[2] Selepas bersaing hanya setahun dan gagal mencari mana-mana pasukan untuk berlumba pada musim 2013, Barichello kembali ke Brazil untuk bertanding dalam kejuaraan Brazilian Stock Car V8 Series.
Fakta Segera Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu, Kewarganegaraan ...
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
---|---|
Kewarganegaraan | Brazil |
Tahun aktif | 1993–2011 |
Teams | Jordan, Stewart, Ferrari, Honda, Brawn, Williams |
Entri | 326 (322 permulaan) |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 11 |
Podium | 68 |
Mata kerjaya | 658 |
Petak pertama | 14 |
Pusingan terpantas | 17 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Afrika Selatan 1993 |
Kemenangan pertama | Grand Prix Jerman 2000 |
Kemenangan terakhir | Grand Prix Itali 2009 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Brazil 2011 |
Kedudukan 2011 | Ke-17 (4 mata) |
Tutup