São Paulo
From Wikipedia, the free encyclopedia
São Paulo (sebutan dalam bahasa Portugis: [sɐ̃w̃ ˈpawlu] ( listen) "St. Paul") ialah bandaraya yang terbesar di Brazil, bandaraya yang terbesar di hemisfera selatan,d da kawasan metropolitan ke-7 terbesar di dunia. Bandaraya ini merupakan ibu negeri São Paulo, negeri paling ramai penduduk di Brazil. Nama bandaraya ini merupakan penghormatan kepada Santo Paul. São Paulo kuat berpengaruh dalam perdagangan dan kewangan serantau, dan juga kesenian dan hiburan. São Paulo dianggap sebagai Bandar Raya Alpha -.[2]
São Paulo | |
---|---|
Bandaraya | |
Bandar Raya São Paulo | |
Nama panggilan: Terra da Garoa (Tanah Gerimis) dan Sampa | |
Cogan kata: "Non ducor, duco" (Latin) "Ku bukan dipimpin, tetapi memimpin" | |
Negara | Brazil |
Kawasan | Tenggara |
Negeri | São Paulo |
Founded | 25 Januari 1554 |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | João Dória (PSDB) |
Keluasan | |
• Bandaraya | 1,522.986 km2 (588.028 batu persegi) |
• Metro | 7,943.818 km2 (3,067.125 batu persegi) |
Aras | 760 m (2,493.4 ft) |
Penduduk (2009) | |
• Bandaraya | 11,037,593 (#1) |
• Kepadatan | 7,216.3/km2 (18,690/batu persegi) |
• Metro | 19,889,559 |
• Kepadatan metro | 2,469.35/km2 (6,395.6/batu persegi) |
Demonim | Paulistano |
Zon waktu | UTC-3 (UTC-3) |
• Musim panas (DST) | UTC-2 (UTC-2) |
Poskod (CEP) | 01000-000 |
HDI (2000) | 0.841–high[1] |
Laman sesawang | Bandaraya São Paulo |
Di bandaraya ini terdapat berbagai-bagai mercu tanda, misalnya Muzium Paulista, Muzium Kesenian São Paulo (MASP), Monumento às Bandeiras (Tugu Bendera), dan Jambatan Octávio Frias de Oliveira (Jambatan Estaiada). Lebuh Paulista di pusat bandar merupakan pusat kewangan terpenting di bandaraya ini.
Di kota ini juga terletaknya Bursa Saham São Paulo (BOVESPA), Pasaran Niaga Hadapan, dan Bursa Saham Pasaran Bijirin, bursa saham kedua terbesar di benua Amerika. Di São Paulo terbinanya juga antara bangunan-bangunan tertinggi di Brazil, khususnya Bangunan Mirante do Vale[3] dan Bangunan Itália.
Dengan jumlah penduduk dianggarkan 11,037,593 orang[4] di atas tanah seluas 1,523 kilometer persegi (588 bt2),[5] São Paulo ialah bandaraya sebenar yang teramai penduduknya di Benua Amerika.[6]
Bandaraya ini juga terletak di tengah-tengah kawasan metropolitan São Paulo yang amat ramai penduduknya, dengan kira-kira 19,889,559 orang pada tahun 2009[7] di atas kawasan seluas 7,944 kilometer persegi (3,067 bt2),[8] iaitu kawasan metropolitan terbesar di negara. Kawasan metropolitan São Paulo adalah yang kedua teramai penduduknya di kedua-dua benua Amerika.[9]
Warga kota São Paulo dikenali dengan gelaran paulistanos, manakala paulistas memaksudkan sesiapa dari seluruh negeri São Paulo, termasuk juga paulistanos. Cogan katanya dalam bahasa Latin yang dikongsi bersama kapal perang dan kapal induk pesawat yang sama nama dengannya, ialah Non dvcor, dvco, yang bererti "Ku bukan dipimpin, tetapi memimpin."[10]