From Wikipedia, the free encyclopedia
Rolls-Royce AE 2100 adalah sebuah turbin bebaling (turboprop) yang dibangunkan oleh Allison Engine Company, kini merupakan sebahagian daripada Rolls-Royce North America. Enjin ini asalnya dikenali sebagai GMA 2100, semasa Allison masih merupakan sebuah divisyen di bawah General Motors.
AE 2100 | |
---|---|
Enjin bebaling Rolls-Royce AE 2100 D2A yang dipasang pada pesawat C-27J | |
Jenis | Turbin bebaling |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Allison Engine Company Rolls-Royce plc |
Kegunaan utama | Alenia C-27J Spartan Lockheed Martin C-130J Hercules Saab 2000 ShinMaywa US-2 |
Jumlah dibina | 2,300+[1] |
Dibangunkan dari | Rolls-Royce T406 |
Pada 11 Julai, 1989, Saab-Scania A.B. telah memilih GMA 2100 untuk dipasang pada pesawat Saab 2000 baharunya yang mempunyai kapasiti sebanyak 50 orang dalam satu perjanjian bernilai ASD$500 juta.[2] Pada bulan Julai 1990, Industri Pesawat Terbang Nusantara (IPTN) dari Indonesia juga telah memilih GMA 2100 untuk dipasang pada pesawat N-250 berenjin kembar buatannya.[3] Ujian penerbangan dengan sepasang bebaling Dowty R373 13 ka 6 in diameter (4.11 m) pada sebuah pesawat ujian Lockheed P-3 Orion bermula pada 23 Ogos 1990 dan selesai selepas 50 jam ujian penerbangan dan darat.[4]
GMA 2100D3 kemudian dipilih sebagai enjin untuk pesawat Lockheed Martin C-130J Super Hercules. Ia membuat ujian penerbangan sulung pada 19 Mac 1994,[5] yang mana dilakukan oleh Marshall Aerospace pada sebuah pesawat ujian Lockheed C-130K Hercules yang disewa daripada Tentera Udara Diraja. Ujian ini selesai pada bulan Jun 1994 selepas 47 jam penerbangan.[6]
Enjin versi C kemudian dipasang pada prototaip pesawat N-250 yang membuat penerbangan sulung pada 10 Ogos 1995,[7] tetapi kemudian program pesawat N-250 ditangguhkan pada akhir tahun 1990an di sebabkan krisis kewangan Asia.[8]
Pada bulan Jun 1997, AE 2100 telah dipilih oleh Lockheed Martin dan Alenia untuk dipasang pada pesawat pengangkut taktikal C-27J Spartan.[9] Pada Oktober 2015, Alenia telah mengumumkan rancangan untuk untuk menggunakan sebuah versi AE 2100 5,100-horsepower (3,800-kilowatt) yang telah dipertingkatkan sebagai enjin rujukan menjelang tahun 2017.[10]
Data from sijil jenis FAA, lembaran data no. TE1CH.[11]
Pembangunan berkaitan
Senarai berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.