From Wikipedia, the free encyclopedia
Lockheed P-3 Orion merupakan pesawat peronda samudera yang digunakan oleh banyak pasukan tentera di serata dunia, terutamanya bagi rondaan samudera, peninjauan dan peperangan anti-kapal selam.
P-3 Orion | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat peronda samudera |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Lockheed |
Penerbangan sulung | 25 November 1959 |
Mula digunakan | 1962 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | Lockheed – 650 Kawasaki – 107, Jumlah – 757 |
Kos seunit | AS$ 36 juta pada 1987 |
Dibangunkan dari | Lockheed L-188 Electra |
Kelainan | CP-140 Aurora WP-3D Orion EP-3E Aries II |
P-3 Orion, pada asalnya dinamakan P3V, berasaskan falsafah reka bentuk yang sama dengan Lockheed L-188 Electra. Secara struktur ia bukanlah pesawat yang sama. Ia memiliki tujuh kaki fisilej It had seven feet of fuselage removed from forward the wings, termasuk pelbagai peningkatan teknik pengeluaran rangka, dalaman dan luaran. Ia berkhidmat sebagai pengganti bagi era selepas perang P-2 Neptune. Orion memiliki empat turboprop Allison T56 yang memberikannya kepantasan setanding dengan pejuang berkuasa kipas pantas, malah juga jet turbofan perlahan seperti A-10. Banyak negara lain melihat nilai bagi reka bentuk pelantar ini dan membangunkan pesawat peronda yang sama berasaskan model ini, dengan Soviet menyesuaikan saingan mereka kepada Orion. P-3 turut bersaing dengan adaptasi de Havilland Comet Hawker Siddeley Nimrod British dan Perancis dengan Breguet Atlantique.
Versi keluaran pertama, dinamakan P3V-1, pertama terbang pada 15 April 1961, tetapi ketika penghantaran pertama dilakukan pada 1962, sistem reka bentuk gabungan menjadikannya sebagai P-3. Skim warna bertukar dari biru sepenuhnya selepas perang, kepada putih dan kelabu 1960-an, dan pada 1980-an kelabu sukar dilihat.
Sepanjang tempoh lebih dari 40 variasi tempur dan bukan tempur telah dibangunkan kerana ketahanan yang ditunjukkan sebagai lebih 12 jam pelantar terbang dengan misi 200 kaki AGL atas air masih dan masih mengekalkan rekod keselamatan yang cermerlang. Versi juga dibangunkan bagi NOAA untuk penyelidikan dan memburu hurikan/memusnahkan dinding, Kastam bagi misi pintasan dadah, NASA bagi pembangunan dan penyelidikan. CIA mempunyai beberapa darinya bagi pemantauan udara, dan penghantaran agen/leaflet. Pemantauan udara dengan kubah-berputar disesuaikan dari E-2 Hawkeye. Tentera Laut Amerika Syarikat P-3 dicadangkan bagi penggantian antara 2010–2013 dengan P-8 Poseidon, berasaskan pesawat awam Boeing 737.
P-3 memiliki ruang bom dalaman di bawah badan hadapan yang mampu mengisi senjata biasa dan/nuklear khas, termasuk stesyen bawah sayap, atau pylon, yang mampu membawa pelbagai tatarajah persenjataan berlainan termasuk AGM-84 Harpoon, AGM-65 Maverick, torpedo Mark 50, torpedo Mark 46, peluru berpandu AGM-12 Bullpup serangan permukaan tepat, 5 inci (12.7cm) roket Zuni, dan pelbagai jenis periuk api lain, peluru berpandu, dan bom graviti.
Sepuluh hingga dua belas kakitangan.
Semasa misi latihan atau taktikal, pegawai aeronautik krew penerbangan kanan sering kali dinamakan (designated ) sebagai Komander Misi (Mission Commander - MC). Sama ada PPC atau TACCO akan dinamakan sebagai MC.
Semasa misi latihan atau taktikal, pegawai aeronautikal krew penerbangan kanan sering kali dinamakan (designated ) sebagai Komander Misi (Mission Commander - MC). Sama ada PPC atau TACCO akan dinamakan sebagai MC.
P-3 tempur, sungguhpun tidak semestinya sama, berkongsi kebanyakan ciri-ciri asas. Sistem sonar, dan aktif dengan komputer sokongan, pemproses akoustik, dan perakam. Kebanyakan sonobuoy boleh ditembak dari tiub muatan luar (P-3C dan seterusnya) atau dari dalam badan kedalam air di bawah. Apabila boya memasuki air, jujukan transduser dihidupkan dan bunyi dalam air akan dipancar oleh boya ke pada stesyen pengendali penderia akoustik dalam pesawat. Pengendali bukan akoustik (sensor 3) mengendali radar, langkah sokongan elektronik, infra merah & turet optik, dan 'penyengat' panjang di ekor yang menempatkan pengesan luar biasa magnet (magnetic anomaly detector - MAD), dan tingkap convex bagi pemantauan. Kesemua data ini dianalisa oleh Pengendali Sistem Peperangan Udara (Aviation Warfare Systems Operators - AW, pengendali penderia) untuk memastikan hubungan, atau jenis hubungan, keadaan, orentasi spatial, vektor. Mereka juga mengendalikan sesetengah jenis perhubungan. Kesemua data ini dihantar kepada Penyelaras Taktikal (Tactical Coordinator - TACCO).
Pengendali lain mempunyai jumlah anak kapal berlainan di pesawat, bergantung kepada jenis perkakasan yang dipasang dan peranan pesawat. Sebagai contoh, pesawat Tentera Udara DiRaja Australia tidak memiliki Ordnancemen, dengan peranan tersebut dipenuhi oleh ahli tambahan lain dari sebarang kategori. Juga, pesawat RAAF beroperasi dengan pengendali ESM (Sensor 4), Sensor Employment Manager (SEM) dan Jurutera Penerbangan kedua (tanpa juruteknik semasa penerbangan)
Dalam kebanyakan misi, satu enjin dipadamkan (biasanya enjin 1 - enjin port luar) apabila di stesen bagi menjimat minyak dan meningkatkan tempoh terbang (dan jarak apabila pada paras rendah). Kadang kala, kedua enjin luar boleh ditutup, bergantung kepada berat pesawat, cuaca, dan baki bahan api. Misi rondaan sempadan jauh boleh memakan masa sehingga sepuluh jam dan mungkin termasuk kakitangan tambahan. Rekod bagi P-3 adalah penerbangan 21.5 jam oleh Skuadron No. 5 Pasukan Udara DiRaja New Zealand pada 1972.
Enjin 1 adalah calon utama bagi ditutup semasa berlegar kerana ia satu-satunya enjin tanpa generator dan tidak diperlukan bagi menjana kuasa. Menghapuskan ekzos dari enjin 1 turut meningkatkan jarak penglihatan pada bahagian port pesawat.
Dibangunkan semasa Perang Dingin, misi utama P-3 adalah bagi menjejak dan menghapuskan kapal selam balistik dan kapal selam penyerang pantas sekiranya berlaku perang. Misi pemantauan dalam kawasan antarabangsa mendorong kepada kejadian di mana pejuang Soviet akan "melaga" P-3. Dalam satu kejadian pada 1980-an, MIG dan juruterbangnya tidak terselamat "berlaga" semasa cuba menghalau P-3 merakamkan gambar latihan armada Soviet. P-3 kehilangan lebih 10 kaki dari sayapnya dalam perlanggaran itu. P-3 tersebut menamatkan misinya dan pulang ke pengkalan.
Pada Oktober 1962 P-3 terbang beberapa rondaan pengadangan.
Pada 1964 P-3 memulakan beberapa versi misi. Rondaan persisiran bagi menghalang bekalan bahan kepada Viet Cong melalui laut. Laluan darat bagi beberapa misi. Dalam satu kes sebiji peluru artileri menembusi P-3 tanpa melumpuhkan keupayaan misinya. Semasa penerbangan melalui misi daratan ia dikatakan sebuah pesawat P-3 ditembak jatuh oleh MIG dengan peluru berpandu Zuni.
2 Ogos 1990 Iraq menceroboh Kuwait. Dalam tempoh empat puluh lapan jam pencerobohan asal Kuwait, pesawat P-3 merupakan pasukan Amerika pertama tiba. Salah satu yang P-3 yang tiba merupakan prototaip yang dikenali sebagai “Outlaw Hunter”. “Outlaw Hunter” sedang menjalani ujian di Pasifik selepas dimajukan oleh Pemerintah Sistem Peperangan Laut dan Udara Laut (Navy’s Space & Naval Warfare Systems Command). Ia sednag menguji OTH-T (pakej sistem pensasar lampau kaki langit - over the horizon targeting system package) ketika dihantar. Dalam tempoh beberapa jam permulaan kempen udara tentera campuran, “Outlaw Hunter” mengesan sejumlah besar bot peronda Iraq dan kapal tentera laut cuba menyeberangi dari Basra & Umm Qasar ke perairan Iran. “Outlaw Hunter” memusat unsur penyerang yang menyerang pasukan tersebut berhampiran Pulau Bubiyan memusnahkan 11 kapal dan merosakkan berpuluh yang lain. Semasa Perisai Gurun (Desert Shield) sebuah P-3 menggunakan pengimej infra mengesan sebuah kapal dengan lambang Iraq di bawah lambang Mesir yang baru di cat, cuba mengelak dari dikesan. Beberapa hari sebelum 7 Januari 1991 Ribut Gurun (Desert Storm) sebuah P-3 ISAR melaksanakan pemantauan persisiran sepanjang sempadan Iraq dan Kuwait bagi memberikan pemantauan sebelum serangan ke atas kemudahan tentera. Lima puluh lima dari seratus lapan kapal Iraq yang dimusnahkan semasa peperangan disasarkan oleh P-3.[1]
Pada April 2001 perlanggaran udara antara EP-3E Aries II milik Tentera Laut Amerika Syarikat, P-3C versi pemantau isyarat dengan pejuang J-8IIM ,ilik Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat mengakibatkan peristiwa antara bangsa antara Amerika dan China. Pesawat J-8IIM terhempas dan juruterbangnya terbunuh. EP-3 membuat pendaratan cermas di Hainan, dan kakitangannya ditahan oleh pihak berkuasa China.
Pada akhir 2006, Amerika Syarikat mengumumkan hasratnya bagi menjual tiga P-3C Orions dilengkapkan dengan Sistem AEW E-2C Hawkeye 2000 kepada Tentera Laut Pakistan, bersama dengan 10 P-3C biasa. Pesawat AEW akan memberikan Pakistan dengan keupayaan mengawal dan pemantauan carian bagi operasi laut.[2]
Beberapa P-3 telah didaftar-N dan dikendali oleh agansi awam. Perkhidmatan Kastam Amerika Syarikat memiliki beberapa P-3A dan P-3B yang digunakan bagi rondaan laut. NOAA mengendali dua versi WP-3D diubah suai khas bagi penyelidikan hurikan. Satu pesawat P-3B, N426NA, digunakan oleh NASA sebagai pelantar penyelidik separa orbit sains bumi, bertempat di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard Kemudahan Penerbangan Wallops, Virginia.
Aero Union, Inc. mengendali lapan P-3A diubah suai sebagai tangki udara, yang dipajak kepada Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat, Perlindungan Kebakaran dan Jabatan Perhutanan California dan agensi lain bagi kegunaan melawan kebakaran. Beberapa darinya terbabit dalam skandal tangki udara Perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.