Robert Hooke
From Wikipedia, the free encyclopedia
Robert Hooke (/hʊk/; 28 Julai [G.L.: 18 Julai] 1635 – 3 Mac 1703) ialah seorang ahli fizik, jurubina dan ahli falsafah Inggeris.
Robert Hooke | |
---|---|
Kelahiran | 28 Julai [G.L.: 18 Julai] 1635 Freshwater, Isle of Wight, England |
Meninggal dunia | 3 Mac 1703(1703-03-03) (umur 67) London, England |
Warganegara | Inggeris |
Pusat pendidikan | Kolej Wadham, Oxford |
Terkenal kerana | Hukum Hooke Mikroskopi Asas penemuan sel biologi |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik dan kimia |
Institusi | Universiti Oxford |
Penasihat akademik | Robert Boyle |
Pengaruh | Richard Busby |
Tandatangan | |
Dalam bidang fizik, beliau terkenal kerana mengusulkan sifat berkenaan keanjalan bahan, yakni pemanjangan sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan terhadap objek sehingga suatu tahap, kini dikenali sebagai hukum Hooke. Sifat ini mula-mula diusulkan olehnya sebagai suatu anagram bahasa Latin, daripada frasa ut tensio, sic vis (dengan pemanjangan, begitu juga daya).[2]
Selain itu, beliau juga menjadi orang pertama yang menggambarkan sel biologi.[3] Robert Hooke telah meneliti hirisan nipis gabus menerusi mikroskop ringkas dan mendapati hirisan tersebut terdiri daripada susunan unit-unit kecil, yang dipaparkan dalam bukunya, Micrographia. Robert Hooke menamakan unit-unit ini sebagai sel, yang bererti "bilik kecil" dalam bahasa Latin.