From Wikipedia, the free encyclopedia
Robert Boyle (25 Januari 1627 – 30 Disember 1691) merupakan ahli falsafah semulajadi, ahli kimia, fizik, pencipta, dan pakar sains budiman, juga dikenali bagi penulisannya dalam teologi. Beliau paling dikenali bagi mencipta formula bagi hukum Boyle.[1] Sungguhpun kajian dan falsafah peribadinya jelas menunjukkan asasnya dalam tradisi alkimia, pada masa kini beliau dianggap ahli kimia moden pertama, dan dengan itu salah seorang pengasas kimia moden. Antara karyanya, The Sceptical Chymist dilihat sebagai buku batu asas dalam bidang kimia.
Robert Boyle | |
---|---|
Kelahiran | 25 Januari 1627 County Waterford, Ireland |
Meninggal dunia | 30 Disember 1691 (aged 64) London, England |
Terkenal kerana | Kajian ciri-ciri fizikal gas Kajian mengenai konsep unsur kimia |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik, Kimia |
Dipengaruhi oleh | Robert Hooke |
Boyle dilahirkan di Istana Lismore, di County Waterford, Ireland, anak lelaki ketujuh dan anak ke empat belas kepada Richard Boyle, 1st Earl of Cork. Richard Boyle tiba di Ireland pada tahun 1588 sebagai seorang usahawan ("entrepreneur"), dan mengumpul sejumlah besar hak milik tanah ketika Robert dilahirkan. Ketika masih kanak-kanak, Robert belajar bertutur Latin, Greek dan Perancis. Beliau belumpun berusia lapan tahun apabila, selepas kematian ibunya, beliau dihantar ke Kolej Eton di England, di mana rakan bapanya, Sir Henry Wotton, ketika itu Provost pendidikan. Selepas tinggal lebih tiga tahun di Eton, Robert mengembara di luar negara bersama pengajar Perancis. Mereka melawat Itali pada tahun 1641, dan tinggal di Florence semasa musim sejuk tahun tersebut, belajar "paradox pengkaji bintang agung" Galileo Galilei — Galileo sudahpun tua, tetapi masih hidup di Florence pada in 1641. Kematian Galileo mempengaruhi Boyle untuk belajar astronomi dan mekhanik.
Boyle kembali ke England dari Tanah Besar Eropah ("Continent") pada pertengahan 1644 dengan minat mendalam mengenai sains.[2] Bapanya meninggal pada tahun sebelumnya dan meninggalkannya Stalbridge manor di Dorset, bersama beberapa harta tanah di Ireland. Dari masa itu, beliau menghabiskan hayatnya pada penyelidikan sains, dan mengambil tempat menonjol dalam kumpulan penyelidik, yang dikenali sebagai "Invisible College", yang mengabadikan diri mereka bagi pengembangan "falsafah baru". Mereka sering berjumpa di London, kebiasaannya di Kolej Gresham; sesetengah ahli turut berkumpul di Oxford di mana Boyle tinggal pada 1654. Membaca mengenai pam udara Otto von Guericke pada 1657, beliau menyediakan dirinya bersama pembantunya, Robert Hooke untuk mencipta peningkatan pada pembinaannya, dan menhgasilkan, "mesin Boyleana" atau "Enjin Pneumatical", disiapkan pada 1659, beliau kemudiannya memulakan beberapa uji kaji berkenaan ciri-ciri udara.[1] Tulisan boleh didapati pada dinding University College, Oxford High Street, Oxford di Oxford (kini lokasi Shelley Memorial), menanda tapak Dewan Cross ("Cross Hall") berada sehingga awal 1800-an. Di sini adalah di mana Boyle menyewa bilik daripada pembancuh ubat ("apothecary") kaya pemilik Dewan.
Gambaran mengenai hasil kerja Boyle dengan pam udara pada tahun 1660 di bawah judul New Experiments Physico-Mechanicall, Touching the Spring of the Air, and its Effects.... Antara pengkritik pandangan yang dikemukakan dalam buku ini adalah "Society of Jesus", Franciscus Linus (1595–1675), dan ketika menjawab bangkangan ini, Boyle pertama kali menyebut mengenai hukum Boyle bahawa isipadu gas berubah songsang kepada tekanan gas, yang mana dikalangan penutur bahasa Inggeris biasanya dikaitkan sempena namanya.
Pada tahun 1668 beliau meninggalkan Oxford ke London di mana beliau tinggal di rumah saudara perempuannya, Lady Ranelagh, di Pall Mall, London.
Menjelang tahun 1689 kesihatannya, yang tidak pernah kuat, mulai gagal dengan serius dan beliau semakin mengundurkan diri daripada pertemuan awam, menghentikan perhubungannya dengan Royal Society, dan mengumumkan keinginannya bagi dikecualikan daripada menerima tetamu, "kecuali pada keadaan amat luar biasa", pada petang Selasa dan Jumaat, dan petang Rabu dan Sabtu. Secara perlahan beliau ingin "mengembalikan semangatnya, ruang kertas kerjanya", dan menyediakan penyiasatan kimia penting yang beliau bercadang untuk ditinggalkannya sebagai "sejenis warisan Hermetik kepada jurus kajian dalam seni itu", tetapi yang beliau tidak dedahkan sifatnya. Kesihatannya semakin merosot pada 1691, dan beliau meninggal pada 30 Disember tahun yang sama, hanya seminggu selepas kematian saudara perempuannya yang beliau tinggal bersama selama lebih dua puluh tahun. Robert Boyle meninggal akibat lumpuh. Beliau ditanam diperangkaran gereja "St Martin's in the Fields", ucapan pengkebumiannya dibacakan oleh sahabatnya Bishop Gilbert Burnet. Dalam wasiatnya, Boyle meninggalkan siri Syarahan yang dikenali sebagai Syarahan Boyle.
Kelebihan besar Boyle sebagai penyiasat saintifik adalah beliau mengamalkan prinsip yang diutarakan oleh Francis Bacon dalam Novum Organum. Sungguhpun begitu, beliau tidak mengakui sebagai pengikut Bacon, maupun sebarang pengajar yang lain. Dalam beberapa kejadian, beliau menyebut bahawa agar beliau mampu mengekalkan penilaiannya bebas tanpa terikat dengan sebarang teori falsafah moden, sehingga beliau "dibekalkan dengan uji kaji" bagi membantu beliau menilaikannya, beliau menjauhi sebarang kajian berkenaan sistem atom, dan Cartesian, malah Novum Organum itu sendiri, sungguhpun beliau mengakui bagi "merujuk sepintas lalu" kepadanya berkenaan beberapa perincian. Tidak ada yang lebih asing kepada sifat mentalnya daripada hipotesis berbelit ("spinning of hypotheses"). Beliau mengangap pengambilan pengetahuan merupakan pencapaian pada dirinya sendir, dan akibatnya beliau mendapat pandangan meluas berkenaan matlamat pencarian saintifik berbanding apa yang didapati oleh mereka beberapa abad sebelum dirinya. Ini, bagaimanapun tidak bererti beliau tidak memperdulikan pengunaan pratikal sains maupun beliau membenci pengetahuan yang kemungkinannya digunakan.
Boyle merupakan pengamal alkhemi; dan percaya kemungkinan tranmutasi logam, beliau melakukan uji kaji dengan harapan melaksanakannya; dan beliau merupakan orang bagi membatalkan statut Henry IV bagi multiplying gold and silver pada tahun 1689. Dengan semua kerja penting yang dicapainya dalam fizik – the enunciation of hukum Boyle, jumpaan bagi peranan udara dalam penghasilan bunyi, dan penyiasatan berkenaan kuasa melampai air membeku, berkenaan graviti khusus ("specific gravity") dan kuasa biasan, pada kristal, berkenaan eletrik, berkenaan warna, berkenaan hidrostatik, dll. – kimia merupakan kajian utama dan kegemarannya. Buku pertamanya berkenaan tajuk itu merupakan The Sceptical Chymist, diterbitkan pada tahun 1661, dalam mana beliau mengkritik "uji kaji di mana Spagyric kasar cenderung berusaha untuk membuktikan bahawa garam, belerang dan raksa mereka merupakan "Principles of Things" sebenar". Bagi dirinya kimia merupakan sains komposisi sebatian, bukan semata-mata sampingan kepada seni kimia atau fizik. Beliau memajukan pandangan moden bagi unsur sebagai bahan tidak boleh diurai bagi benda; dan pemahaman antar perbezaan antara campuran dan sebatian, beliau membuat kemajuan besar dalam teknik mengesan bahan dalamnya, proses yang dikenalinya sebagai "analisa". Lebih lanjut lagi beliau mencadangkan bahawa unsur akhirnya terdiri daripada zarah subatomik pelbagai saiz dan jenis, dalam mana, bagaimanapun, ia tidak dapat diselesaikan dalam sebarang cara. Kimia gunaan berterima kasih kepadanya bagi kaedah lebih baik dan bagi perkembangan pengetahuan mengenai bahan individual. Beliau turut mengkaji kimia pembakaran dan pernafasan, dan melakukan uji kaji dalam physiologi, di mana, bagaimanapu, beliau dihalang oleh "perasaan sayang kepada semulajadi" yang menghalang dirinya dari melakukan pembedahan anatomi, terutama pada haiwan hidup, sungguhpun beliau tahu ia "amat berguna".
Selain sibuk sebagai ahli falsafah semula jadi, Boyle menghabiskan banyak masa kepada teologi, menunjukkan kecenderungan ke arah pratikal dan tidak menghiraukan polemik kontroversi. Semasa pemulihan Inggeris beliau diterima baik di istana, dan pada tahun 1665 memungkinkan beliau menerima kedudukan sebagai provostship bagi Kolej Eton, jika beliau menyertai paderi; tetapi beliau menolak berasaskan bahawa penulisannya berkenaan keagamaan lebih berkesan sekiranya ia ditulis oleh orang awam dan bukannya dari paderi berbayar Gereja. Sebagai direktor Syarikat India Timur beliau menghabiskan sejumlah besar wang bagi pengembangan agama Kristian di Timur, menyumbang dengan mudah kepada masyarakat mubaligh, dan membiayai penterjemahan Bible atau sebahagian darinya kedalam pelbagai bahasa. Beliau mengasaskan Syarahan Boyle, bertujuan mempertahankan agama Kristian dari orang yang dianggapnya sebagi kafir ganas "notorious infidels, terutamanya atheist, Deism, Pagan, Yahudi dan Muslim", dengan syarat bahawa pertikaian sesama Kristian tidak disebutkan. Pada tahun 2004, Syarahan Boyle dibangkitkan kembali di London.[3]
Boyle adalah tinggi, kurus dan penampilan pucat. Tubuhnya tidak sasa, dan sepanjang hiyatnya beliau menderita kesihatan yang lemah dan semangat rendah. Sungguhpun hasil kerja saintifiknya menjamin reputasi luar biasa di kalangan semasanya, perwatakan peribadi dan kebaikannya, sifat sosialnya yang menarik, sifat lucu dan daya perbualannya, menarikkan dirinya pada khayalak besar sahabat rapat. Beliau tidak pernah berkahwin. Penulisannya amat banyak, dan stailenya adalah jelas dan terus pada matlamatnya, sungguhpun tidak dapat disangkal banyak perkataan.[4]
Berikut merupakan sebahagian hasil kerjanya yang penting:
Antara penulisan keagamaan dan falsafahnya adalah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.