Ketua Polis Negara Malaysia ke-14 From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Seri Razarudin bin Husain (Jawi: رضارالدين ابن حسين; lahir 15 Mac 1963) ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara sejak 23 Jun 2023. [1]
Razarudin Husain | |
---|---|
رضارالدين حسين | |
Ketua Polis Negara Malaysia ke-14 | |
Menyandang jawatan 23 Jun 2023 (1 tahun, 4 bulan dan 15 hari) | |
Raja | Sultan Ibrahim Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (2022-kini) |
Menteri | Saifuddin Nasution Ismail |
Timbalan | Ayob Khan Mydin Pitchay |
Didahului oleh | Acryl Sani Abdullah Sani |
Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia ke-28 | |
Dalam jawatan 26 Disember 2021 – 22 Jun 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (2022-2023) Ismail Sabri Yaakob (2021-2022) |
Menteri | Saifuddin Nasution Ismail |
Ketua | Acryl Sani Abdullah Sani |
Didahului oleh | Mazlan Lazim |
Digantikan oleh | Ayob Khan Mydin Pitchay |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Dengkil, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 15 Mac 1963
Pasangan | Puan Sri Zainah binti Othman |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Pegawai polis |
Razarudin menyertai pasukan polis pada 27 Disember 1982 pada usia 19 tahun. Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah,[2] Timbalan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perak. Pada 9 September 2020, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.[3] Pada 22 Disember 2021, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, menggantikan Mazlan Lazim yang bersara pada 25 Disember 2021.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.