Radang sendi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Artritis atau radang sendi ialah istilah yang sering digunakan untuk membawa maksud sebarang gangguan yang menjejaskan sendi.[2] Gejala biasanya termasuk sakit sendi dan kekakuan.[2] Gejala lain mungkin termasuk kemerahan, kehangatan, bengkak, dan penurunan julat pergerakan sendi terjejas.[2][3] Dalam sesetengah jenis radang sendi, organ lain juga terjejas. [7] Permulaan radang boleh secara beransur-ansur atau tiba-tiba.[6]
Artritis | |
---|---|
Tangan yang terkesan artritis reumatoid, satu bentuk autoimun arthritis | |
Sebutan | |
Pengkhususan | Reumatologi |
Gejala | Sakit sendi, kekakuan, kemerahan, bengkak, kekurangab julat pergerakan[2][3] |
Kerumitan | Sindrom kesakitan muskuloskeletal kuat[4] |
Jenis | > 100, paling biasa (osteoartritis, artritis reumatoid)[5][6][7] |
Sejarah keluarga, umur, sifat jantina, kecederaan sendi sebelumnya, obesiti.[8] | |
Rawatan | Berehat, demah ais atau haba, penurunan berat badan, senaman, penggantian sendi[7] |
Rawatan perubatan | Ibuprofen, parasetamol (asetaminofen)[9] |
sunting |
Terdapat lebih 100 jenis artritis.[10][5][6] Bentuk yang paling biasa ialah osteoartritis (penyakit sendi degeneratif) dan artritis reumatoid.[7] Osteoartritis biasanya berlaku mengikut faktor usia dan menjejaskan jari, lutut, dan pinggul.[7][11] Artritis reumatoid ialah gangguan autoimun yang sering menjejaskan tangan dan kaki.[7] Jenis lain termasuk gout, lupus, fibromialgia, dan artritis septik.[7][12] Semuanya adalah jenis penyakit reumatik.[2]
Rawatan mungkin termasuk merehatkan sendi dan berselang-seli antara menggunakan ais dan haba.[7][13] Penurunan berat badan dan senaman juga mungkin membantu.[7][14] Ubat yang disyorkan mungkin bergantung pada bentuk artritis.[15][9] Ini mungkin termasuk ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan parasetamol (acetaminophen).[9] Dalam sesetengah keadaan, penggantian sendi mungkin berguna.[7]
Osteoartritis menjejaskan lebih daripada 3.8% orang, manakala artritis reumatoid menjejaskan kira-kira 0.24% orang.[16] Gout menjejaskan kira-kira 1–2% penduduk Barat pada satu ketika dalam kehidupan mereka.[17] Di Australia kira-kira 15% orang mengalami artritis,[18] manakala di Amerika Syarikat lebih daripada 20% mempunyai jenis artritis.[12][19] Secara keseluruhan penyakit ini menjadi lebih biasa seiring pertambahan usia.[12] Artritis adalah sebab biasa orang ramai terlepas kerja dan boleh mengakibatkan penurunan kualiti hidup.[9] Istilah ini berasal daripada arthr- (bermaksud 'sendi') dan -itis (bermaksud 'keradangan').[20][21]