![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8d/Rpg-7.jpg/640px-Rpg-7.jpg&w=640&q=50)
RPG-7
From Wikipedia, the free encyclopedia
RPG 7 merupakan sejenis senjata pelancar roket anti-kereta kebal buatan Kesatuan Soviet. Di Rusia, ia dikenali dengan nama РПГ-7, dan dikeluarkan secara meluas untuk kegunaan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Senjata ini juga dieksport dengan meluas dan boleh diperolehi dengan mudah di pasaran gelap.
RPG-7 | |
---|---|
![]() RPG-7 | |
Jenis | Rocket-propelled grenade |
Tempat asal | ![]() |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1961–kini |
Digunakan oleh | Blok komunis, ramai lagi |
Sejarah pengeluaran | |
Aneka | RPG-7V2 (model terkini) RPG-7D3 (askar payung terjun) Type 69 RPG (China) |
Spesifikasi | |
Berat | 7 kg (15 [[Paun (jisim}|lb]]) |
Panjang | 950 mm (37 in) |
Kaliber | 40 mm (1.57 in) |
Halaju muncung | 115 m/s |
Jarak tembakan maksimum | ~ 920 m (1000 e) (meledak sendiri) |
Penglihatan | Pejera teleskop UP-7V |
RPG-7 (Ruchnoy [mudah alih] Protivotankoviy [anti-kereta kebal] Granatomet [pelancar grenad]-7) 6G3 adalah senjata anti-kereta kebal mudah alih yang ditembak ketika dikandar di atas bahu untuk melancarkan sebiji grenad yang didorong tujahan roket. Senjata ini tahan lasak dan mudah digunakan. Ia juga murah tetapi mempunyai keberkesanan yang tinggi. Ciri-ciri ini menjadikannya sistem pelantar roket yang paling banyak digunakan di dunia. Senjata kini digunakan oleh sekurang-kurang 40 buah negara, tidak termasuk pergerakan gerila pembebasan dan juga oleh kumpulan-kumpulan haram.
Pelancar bom tangan anti-kereta kebal RPG-7 adalah tahan, mudah dan membawa maut. Ia juga amat popular. RPG-7 yang ada masa kini adalah hasil dari bertahun-tahun penilaian semula dan pengubah suaian. RPG "asal"-- berdasarkan senjata anti-kereta kebal Panzerfaust Jerman - kemudiannya diikuti oleh RPG-2, RPG-3 dan seterusnya. Malah, sungguhpun RPG-4 melepasi ujian lapangan pada tahun 1961, ujian penilaian bagi model baru, RPG-7, dibebaskan pada tahun yang sama, tetapi dengan julat tembakan dan keupayaan menembusi perisai lebih baik. Oleh itu, pada tahun 1961 RPG-7, dan bukannya RPG-4, yang digunakan oleh pasukan Bersenjata Soviet bagi kegunaan sebenar. Hari ini, RPG-7 digunakan oleh tentera lebih dari empat puluh negara berlainan dan turut digunakan oleh sejumlah organisasi di Timur Tengah dan Amerika Latin.
Senjata ini mula digunakan oleh Tentera Soviet dalam tahun 1961 untuk menggantikan senjata RPG-3 dan satu sistem pelancar dibekalkan kepada setiap skuad pasukan tentera. Konsep asalnya berteraskan sistem roket Bazooka buatan Amerika Syarikat dan sistem Panzerfaust buatan Jerman.
Senjata ini digunakan dengan meluas di dalam semua konflik. Senjata ini digunakan untuk menembak jatuh 2 buah helikopter MH-60 Blackhawk semasa Pertempuran Mogadishu di Somalia (dikenali di serata dunia sebagai Blackhawk Down). Senjata ini juga digunakan oleh Taliban untuk menentang tentera Amerika dan tentera NATO di Afghanistan.
Model untuk kegunaan tentera payung terjun boleh dipecahkan menjadi dua bahagian untuk memudahkan pergerakan anggota payung terjun bergerak ketika mengenakan payung terjun. Type 69 buatan China lebih ringan.
Versi yang dikeluarkan pada tahun 2001 dan sekarang digunakan oleh tentera Rusia adalah versi RPG-7V2 yang boleh melancarkan roket jenis biasa dan juga roket jenis HEAT (High Explosive Anti Tank), dan roket jenis "termobarik" (proses di mana bahan letupan menggunakan oksigen daripada udara dan bukannya bahan pengoksidaan di dalam bahan peledak). RPG-7V2 mempunyai sistem pembidik UP-7V dengan kanta teropong untuk membolehkan pengguna membidik sasaran yang jauh.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e8/ISF_member_armed_with_RPG-7.jpg/640px-ISF_member_armed_with_RPG-7.jpg)
RPG-7 kurang berkesan menentang Kereta kebal tempur utama, bagaimanapun pihak muhajidin di Afghanistan menggunakan taktik yang termasuk pasukan pemburu dan pemusnah kenderaan berperisai. Mereka akan memusnahkan trek kereta kebal bagi mencapai pelumpuhan pergerakan sebelum menembak kereta kebal yang lumpuh itu beberapa kali. Setiap pasukan pemburu dan pemusnah kenderaan berperisai mungkin mengandungi sehingga 15 RPG.[1] Tentera infantri pengiring bergerak bersama kereta kebal mampu menghalang serangan sebegini.