From Wikipedia, the free encyclopedia
Puteri Gunung Ledang ialah nama seorang puteri legenda yang dikatakan menetap di Gunung Ledang, yang terletak di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia.
Kisah Puteri Gunung Ledang termaktub dalam dua buku lama, iaitu "Hikayat Hang Tuah" dan "Sulalatus Salatin".
Berdasarkan Hikayat Hang Tuah ada disebut mengenai Puteri Gunung Ledang yang merupakan anak kepada Sultan Melaka.
Melalui bab ke-25 hikayat itu, Sultan Melaka pernah menyebut mahu mengutuskan Laksamananya ke Rom untuk membeli meriam bedil bagi digunakan untuk pertahanan Negeri Melaka. Sultan memanggil mengadap beberapa orang besarnya untuk bertanya mengenai hasrat tersebut. Baginda bertitah: “Hai adinda dan laksamana, apa bicara kita kerana kita hendak mengutus ke benua Rom hendak membeli bedil meriam itu kerana anak kita yang laki-laki itu sudah masing-masing habis dengan negerinya. Di Melaka ini kita hendak rajakan anak kita yang perempuan, Puteri Gunung Ledang itu akan gantikan kita kerana kita sudah tualah. Kita hendak bersetia berbuat amal besar-besaran. Pada bicara kita, kita hendak kotai (kotakan) dengan bedilan Negeri Melaka kerana anak kita perempuan”[1].
Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melaka. Sultan telah mengarahkan dua orang pendekar iaitu Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat ke Gunung Ledang untuk urusan peminangan. Atas faktor usia yang terlalu tua, Hang Tuah tidak dapat meneruskan perjalanan. Rombongan peminangan diteruskan oleh Tun Mamat. Peminangan Sultan telah diterima dengan mengemukakan beberapa syarat, iaitu:
Peminangan itu akhirnya gagal dan Sultan telah mengubah niatnya untuk memperisterikan puteri[2].
Beberapa adaptasi dari kisah puteri ini telah dibuat, semuanya berdasarkan topik yang sama tetapi masing-masing mempunyai kaedah interpretasi tersendiri.
Puteri Gunung Ledang menjadi salah satu watak dalam filem muzikal fantasi Malaysia, Magika terbitan KRU. Watak tersebut dibintangi oleh Ning Baizura[5].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.