Pulau Staten
From Wikipedia, the free encyclopedia
Staten Island (/[invalid input: 'icon']ˌstæt[invalid input: 'ən']ˈaɪlənd/) ialah sebuah daerah perbandaran yang terletak di bahagian barat daya Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat. Staten Island terpisah daripada New Jersey oleh sungai Arthur Kill dan Kill Van Kull, sementara Teluk New York memisahkannya daripada tanah yang lain di New York. Dengan seramai 468,730 penduduk, Staten Island adalah yang paling kurang penduduk tetapi yang ketiga terluas di kalangan lima daerah perbandaran, pada keluasan 59 bt2 (153 km2).
Staten Island | |
---|---|
Daerah pentadbiran di Bandar Raya New York | |
Richmond County | |
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | New York |
Kaunti | Richmond |
Bandaraya | Bandar Raya New York |
Diduduki | 1661 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Daerah perbandaran di Bandar Raya New York |
Keluasan | |
• Jumlah | 102.50 batu persegi (265.5 km2) |
• Tanah | 58.48 batu persegi (151.5 km2) |
• Air | 44.02 batu persegi (114.0 km2) |
Penduduk (Banci AS April 2010)[1] | |
• Jumlah | 468 730 |
• Kepadatan | 8,163.1/batu persegi (3,151.8/km2) |
[2010 Census pop. as estimated in March 2011; density is July 2006 estimated pop. on land area of 2000 [2] ] | |
Zon waktu | UTC-5 (Waktu Piawai Timur (Amerika Utara)) |
• Musim panas (DST) | UTC-4 (Waktu Jimat Siang Timur (Amerika Utara)) |
Kod Zip | 10301-10314 |
Kod kawasan | 347, 718, 917 929 |
Laman sesawang | Official Website of the Staten Island Borough President |
Daerah Staten Island bersamaan dengan Richmond County, kaunti yang paling selatan di negeri New York. Daerah ini dikenali dengan nama rasmi Borough of Richmond sehingga tahun 1975.[3] Staten Island turut menerima jolokan "daerah pinggiran" (the forgotten borough) oleh para penduduknya yang terasa disisih oleh pemerintah bandaraya.[4][5]
Daerah perbandaran ini boleh dimasuki dari Brooklyn melalui Jambatan Verrazano-Narrows, dan dari New Jersey melalui Outerbridge Crossing, Jambatan Goethals, dan Jambatan Bayonne. Staten Island menikmati perkhidmatan bas dan laluan alihan laju tersendiri, iaitu Staten Island Railway, yang menyambungkan terminal feri di St. George ke Tottenville. Daripada kelima-lima daerah perbandaran ini, Staten Island sahajalah yang tiada sistem alihan laju bawah tanah. Perkhidmatan Staten Island Ferry yang percuma menghubungkan daerah ini dengan Manhattan dan juga merupakan satu tarikan pelancong yang memberikan pemandangan Patung Liberty, Pulau Ellis dan Lower Manhattan yang indah.