Patung Liberty
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.
Liberty Enlightening the World[1] (Perancis: La Liberté éclairant le monde ,[4][5] "Kebebasan Menyinari Dunia") lebih dikenali dengan nama Statue of Liberty ("Patung Kebebasan") adalah satu patung berukuran raksasa yang terletak di Pulau Ellis, di muara Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Patung ini diberikan secara rasmi pada 28 Oktober 1886 sebagai hadiah Perancis kepada negara tersebut sempena seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat diisytiharkan serta merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara ini.
| |
---|---|
Lokasi | Pulau Liberty Manhattan, Bandar Raya New York, New York,[1] Amerika Syarikat |
Koordinat | 40°41′21″N 74°2′40″W |
Tinggi |
|
Didedikasikan | 28 Oktober 1886 |
Dibaikpulih pada | 1938, 1984–1986, 2011–2012 |
Tukang ukir | Frédéric Auguste Bartholdi |
Kadar dilawati | 3.2 juta orang (in 2009)[2][3] |
Majlis perbandaran | U.S. National Park Service |
Rupa patung ini dipahat Frederic Auguste Bartholdi sambil Gustave Eiffel (pereka Menara Eiffel) merancang struktur dalamannya - di mana patung tersebut menggambarkan Libertas, dewi kebebasan Romawi memegang suatu obor di tangan kanannya dan suatu papan bertulis tarikh merdekanya Amerika Syarikat dalam angka Rumi - JULY IV MDCCLXXVI (4 Julai 1776); kakinya pula ada dicekak rantai belenggu yang tercabut melambangkan terhapusnya perhambaan yang baru sahaja dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat pada ketika itu.[6]
Sejak Patung Liberty ini dibuka kepada orang ramai, ia menjadi suatu simbol perdamaian yang menyambut baik para pengunjung dan imigran ke negara ini mahupun orang Amerika Syarikat yang pulang ke tanah air mereka; malah ia merupakan salah satu lambang negara tersebut yang paling terkenal di seluruh dunia, dan melambangkan kemerdekaan dan kebebasan. Patung ini dan kawasan sekitarnya turut dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO tahun 1984 atas keutamaan ia sebagai suatu "adikarya semangat manusia" dan "lambang kuat... kebebasan, kedamaian, hak asasi manusia, penghapusan perhambaan, demokrasi dan peluang".[7]
Asas perekaan tugu ini mula dicetuskan Édouard René de Laboulaye, pemikir politik dan pendokong abolisionisme utama semasa beliau berbual seberapa orang rakannya termasuk Frédéric Bartholdi dalam suatu makan malam yang meraikan kekalahan muktamad Negeri-negeri Gabungan dalam Perang Saudara yang bergolak di Amerika Syarikat di kediamannya di Versailles tanggal 21 April 1865. Laboulaye mencadangkan suatu hadiah binaan untuk pemerintah Amerika Syarikat yang turut boleh mendorong semangat warga Perancis memperjuangkan demokrasi mereka sendiri[8] - Perancis diperintah rejim empayar Napoleon III yang begitu menindas warga-warga negara ini pada ketika itu, malah Bartholdi dan Laboulaye hanya berkongsi ide ini semasa mereka sendiri pada ketika itu. Pernyataan Laboulaye sendiri tidak berniat ia sebagai suatu usulan, namun ia tetap menginspirasikan Bartholdi untuk berbuat demikian.[9]
Obor patung merupakan bahagian terawal yang dibina melambangkan kemajuan.[10] Bahagian ini ditukangkan di bengkel Gaget, Gauthier & Co. workshop.[11] sebelum dibawa ke Bandar Raya New York untuk dipamerkan sempena pameran meraikan dwiabad kemerdekaan Amerika Syarikat.[12] Patung ini pada awalnya dirancang tiba pada pada Mei 1876[12] namun lewat sampai di Philadelphia pada bulan Ogos. Walaupun demikian, ia masih dapat menarik perhatian banyak pengunjung yang berminat menaiki tangga ke balkoni obor melihat persekitaran pameran dari jauh.[13]
"Tangan berobor" ini dibawa ke Madison Square Park setelah pameran tersebut tamat setelah beberapa tahun sebelum ia dikembalikan ke Perancis untuk pembinaan seterusnya.[13]
Gaya lenggok tugu ini mengikuti gaya seni dilambangkan pada dewi kebijaksanaan Mesir Purba Isis, Columbia serta juga Maria si Perawan.[14][15] Patung ini turut diberikan pakaian penuh sebagai melambangkan keamanan berlawanan dengan perlambangan "pemudi pembebas berevolusi" yang lazim pada ketika itu seperti karya La Liberté guidant le peuple terkenal Eugène Delacroix.[16]
Terdapat beberapa teori yang dikemukakan terhadap sumber wajah patung ini - ada yang menyatakan ia daripada Isabella Eugenie Boyer isteri kepada pencipta Isaac Merritt Singer, namun hal ini disanggah kerana Bartholdi tidak mengenalnya sehingga 1875. Ada juga yang mengusulkan wajah tersebut diilham berdasarkan Charlotte Bartholdi (1801-1891), lagi-lagi perwatakannya yang tegas, hal ini turut disokong majalah National Geographic.[17][18]
Suatu lif yang membawa pengunjung dari dasar pulau ke tapak patung dibina pada tahun 1906.[19]
Patung ini pada mulanya tampak perang tembaga seperti mana bahan asasnya. Walau bagaimanapun, persekitaran patung ini didirikan menyebabkan suatu tindak balas pada permukaan patung yang mengoksida lalu membentuk suatu lapisan kehijauan (verdigris) unik yang meliputi patung. Fenomena ini mula tercatat dalam akhbar-akhbar semasa seawal 1902, lapisan ini kemudiannya meliputi seluruh kawasan patung pada 1906.[20]
Kongres Amerika Syarikat pada mulanya menyangka patung tersebut mengalami suatu pengakisan lalu meluluskan peruntukan pembaikan dan pengecatan luaran dan dalaman patung tersebut sebanyak US$62,800 ($1,530,000 in 2024),[21] langkah mengecat luaran tersebut ada tentangan ramai.[22] Namun, kajian dilakukan Kor Jurutera Tentera Amerika Syarikat terhadap lapisan ini mendapati ia tidak sahaja melindungi badan petung tetapi juga "melembutkan garis luar lalu mencantikkan patung ini",[19] oleh itu hanya bahagian dalaman patung sahaja yang dicat.