![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/33/Pug_-_1_year_Old_%2528cropped%2529.jpg/640px-Pug_-_1_year_Old_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Pug
baka anjing dari China / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pug[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing dengan ciri fizikal muka berkedut dan bermuncung pendek dan ekor melingkar. Sebagai baka purba dengan akar yang bertarikh kembali ke tahun 400 SM,[2] ia mempunyai lapis bulu licau halus yang terdapat dalam pelbagai warna, paling kerap perang kekuning-kuningan (perang muda) atau hitam, dan tubuh segi empat sama padat dengan otot tebal cukup terbentuk di serata tubuh.
![]() Seekor pug berwarna perang kekuning-kuningan, warna paling umum | ||||||||
Negara asal | China[1] | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Pug dibawa dari China ke Eropah pada abad keenam belas dan dipopularkan di Eropah Barat oleh Wangsa Oranje dari Belanda dan Wangsa Stuart.[3] Di United Kingdom, pada abad kesembilan belas, Ratu Victoria memulakan minat terhadap pug yang diteruskan oleh anggota lain keluarga diraja.
Pug terkenal sebagai anjing teman mesra dan lemah lembut.[4] American Kennel Club memerihalkan keperibadian baka ini sebagai keperibadian "tenang dan menawan".[5] Pug kekal popular sehingga abad kedua puluh satu, dengan sesetengah pemilik selebriti terkenal. Anjing ini terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan oleh sebab trait baka ini.[6]