- 4 Disember - Kedua-dua penyandang Laurent Gbagbo (gambar) dan calon pembangkang Alassane Ouattara mengangkat sumpah secara berasingan sebagai Presiden Côte d'Ivoire.
- 21 November - Satu pungutan suara di Madagaskar mengesahkan perlembagaan baru yang membenarkan Andry Rajoelina (gambar) kekal sebagai presiden sementara.
- 15 November - Alpha Condé memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Guinea.
- 29 September - Maatia Toafa terpilih sebagai Perdana Menteri Tuvalu buat kali ke-2.
- 22 Ogos - Pelari Kenya David Lekuta Rudisha memecahkan rekod dunia 13 tahun dalam 800 meter di kejohanan IAAF di Berlin.
- 9 Ogos - Paul Kagame terpilih semula sebagai Presiden Rwanda.
- 2 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Nigel, Johannesburg, Afrika Selatan mengorbankan 22 orang.
- 29 Julai - Bot karam di Sungai Kasai, Republik Demokratik Congo mengorbankan sehingga 140 orang.
- 11 Julai - Satu siri serangan bom di Kampala, Uganda, membunuh 74 orang.
- 5 Julai - Penulis Sierra Leone Olufemi Terry memenangi Hadiah Caine untuk cerpennya "Stickfighting Days".
- 3 Julai - Lebih 230 orang terbunuh dan 196 lagi cedera dalam satu letupan sebuah lori minyak yang terbalik di Republik Demokratik Congo.
- 1 Julai - Senegal berkabung 3 hari sempena kematian Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké, Marabut Agung Muridiyyah.
- 1 Julai - Pierre Nkurunziza terpilih semula sebagai Presiden Burundi dalam satu pilihan raya presiden.
- 11 Jun - Piala Dunia FIFA 2010 (gambar bola) bermula di Afrika Selatan.
- 4 Jun - Pihak berkuasa kesihatan Nigeria mengumumkan yang 163 orang telah maut akibat keracunan plumbum di Negeri Zamfara sejak Mac.
- 26 Mei - Grebe Alaotra (gambar), sejenis burung endemik di Madagaskar, diisytiharkan pupus 25 tahun selepas dilihat buat kali terakhir.
- 12 Mei - Penerbangan 771 Afriqiyah Airways terhempas berhampiran Tripoli, Libya, cuma seorang yang terselamat.
- 5 Mei - Presiden Nigeria Umaru Yar'Adua meninggal pada umur 58 tahun, dan digantikan oleh Goodluck Jonathan.
- 26 April - Parti Presiden Omar al-Bashir memenangi pilihan raya Sudan 2010.
- 17 Mac - Tapak Warisan Dunia Uganda Kuburan Kasubi (gambar), di mana raja-raja Buganda dikuburkan, musnah terbakar.
- 10 Mac - Taufan Hubert melanda Fianarantsoa, pantai tenggara pulau Madagascar.
- 10 Mac - Bekas Mufti Besar Mesir Muhammad Sayyid Tantawi meninggal dunia semasa melawat Riyadh, Arab Saudi.
- 7 Mac - Serangan antara agama menyebabkan lebih 500 kematian berhampiran Jos, Nigeria.
- 19 Februari - Kesatuan Afrika menggantung keahlian Niger selepas terjadinya rampasan kuasa tentera di negara tersebut.
- 19 Feb - Menara masjid (gambar) sebuah masjid di Meknes, Maghribi, runtuh ketika solat Jumaat, membunuh 41 orang.
- 18 Feb - Sekumpulan askar menggempur istana presiden Niger, menahan Presiden Tandja Mamadou, dan menubuhkan junta tentera.
- 14 Feb - Kabel elektrik voltan tinggi menimpa dua bas di Port Harcourt, Nigeria, menyebabkan 20 penumpang maut terkena kejutan elektrik.
- 31 Januari - Dalam bola sepak, Mesir menewaskan Ghana untuk memenangi Piala Negara Afrika 2010 buat kali ketiga berturut-turut, manakala Togo dilarang menyertai dua kejohanan berikutnya.
- 20 Jan - Lebih 200 orang maut dalam rusuhan beberapa hari antara Muslim dan Kristian di Jos, Nigeria.
- 15 Jan - Gerhana matahari anulus (gambar) paling lama bagi alaf ke-3 terjadi di sebahagian Afrika, Lautan Hindi dan Asia.
- 15 Jan - Banjir di Kenya meragut 38 nyawa dan memaksa 40,000 penduduk berpindah.
- 8 Jan - Serangan terhadap bas pasukan bola sepak Togo mengorbankan tiga orang, menyebabkan pasukan itu menarik diri dari Piala Negara Afrika 2010.
- 1 Jan - Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Gabon, Lubnan dan Nigeria dilantik ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.