Polifenol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Polifenol (polyphenol) adalah jenis sebatian organik semulajadi yang dicirikan melalui keberadaan unit fenol yang banyak;[1] sebatian-sebatian ini banyak didapatti dalam tumbuh-tumbuhan[2][3] serta juga haiwan tertentu seperti artropod (merangkumi spesies serangga[4] dan krustasea[5]) dalam pelbagai struktur.
Polifenol umum disepakati pengkaji sebagai produk semula jadi "yang mempunyai struktur polifenol (iaitu, beberapa kumpulan hidroksil pada cincin aromatik)" termasuk empat kelas utama: "asid fenolik, flavonoid, stilbena dan lignan".[6]