From Wikipedia, the free encyclopedia
Podocnemis expansa juga dikenali sebagai Kura-kura Sungai Amerika Selatan, Kura-kura Gergasi Amerika Selatan atau Kura-kura Arrau[1][2][3][4] Ia adalah kura-kura leher sisi terbesar di Amerika Selatan.[4] Spesies ini menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan dan membuat sarang secara berkumpulan di tepi pantai.[4] Kura-kura ini diancam kepupusan disebabkan oleh perburuan telur, kemusnahan habitat, pencemaran dan pembinaan empangan di kawasan habitat mereka.[4][5][6][7]
Podocnemis expansa | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. expansa |
Nama binomial | |
Podocnemis expansa (Schweigger, 1812) | |
Sinonim | |
|
Kura-kura ini boleh dijumpai di Lembangan Amazon, Orinoco dan lembangan Sungai Essequibo di Brazil, Bolivia, Peru, Ecuador, Colombia, Venezuela dan Guyana.[3] Biasanya selepas banjir, beberapa ekor menuju ke kawasan Trinidad.[4] Habitat mereka merangkumi sungai, tasik, lagun dan hutan berpaya[4] di kawasan sungai putih, sungai hitam dan sungai jernih.[8]
Haiwan ini boleh mencecah sehingga 90 kg (200 lb) berat dan mencapai 1.07 m (3.5 ka) panjang.[9] Kebanyakannya bersaiz kecil dengan kura-kura betina mencapai 64–71 cm (2.1–2.3 ka) panjang dan kura-kura jantan pula 40–50 cm (1.3–1.6 ka) panjang.[4] Kura-kura jantan mempunyai ekor lebih panjang dan karapas (cangkerang) yang rata tegak berbanding betina [9] Mereka memiliki warna coklat, kelabu atau hijau-zaitun,[9] dan warna tersebut bergantung kepada warna algae yang tumbuh di bahagian karapas belakangnya.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.